6 Tips Kulit Cantik dengan Hanya perlu Makan

Semua orang nak cantik. Semua orang nak sihat. 

Tapi kesihatan yang menjadi asas kepada kecantikan. Kulit yang sihat akan menghasilkan kulit yang cantik. Sebab kulit kan dapat nutrisi daripada dalam badan kita?

Macam mana nak pastikan kesihatan kulit terjaga? 
Ok..jom ikin share ilmu "Skin Nutrition" dekat korang. Kita panggil dia "Vitamin Kulit Cantik" haaa.. stylo sikit bunyinya kan?? 
 

KEPERLUAN MAKAN PELBAGAI MAKANAN

Basically badan berfungsi hasil daripada vitamin & mineral yang terkandung dalam makanan & minuman seharian kita. Tanpa vitamin & mineral, sel-sel badan kita tak dapat 'makanan' mereka. 

Setiap sel perlukan 'makanan' yang berbeza. Bila sel tak dapat 'makanan' yang sepatutnya, mereka tak dapat bekerja dengan baik dan akan terus lumpuh jika keadaan itu berterusan.

Dah sifat manusia, semuanya nak senang. Kalau boleh buat satu benda, settle semua. 

Malangnya, tidak ada 1 jenis makanan semulajadi yang ada semua jenis vitamin & mineral dengan kuantiti yang badan kita perlukan. 

Tak pernah wujud dan takkan wujud. Sebab tu Allah SWT nak kita makan pelbagai jenis makanan yang Allah SWT dah sediakan di muka bumi ni.

Firman Allah:

يٰۤاَ يُّهَا النَّا سُ كُلُوْا مِمَّا فِى الْاَ رْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا  ۖ وَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ  ۗ اِنَّهٗ لَـكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ
yaaa ayyuhan-naasu kuluu mimmaa fil-ardhi halaalang thoyyibaw wa laa tattabi'uu khuthuwaatisy-syaithoon, innahuu lakum 'aduwwum mubiin. - Al Baqarah Ayat 168

Ertinya: "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu". 


VITAMIN KULIT CANTIK

Ok, going on to our main topic; VITAMIN KULIT CANTIK! 

Ada 6 jenis komponen nutrisi yang boleh bantu untuk kita dapatkan kulit yang cantik;
 1) Protein
 2) Collagen
 3) Vitamin C
 4) Vitamin E
 5) Vitamin B Complex
 6) Omega-3
 

Haaa...banyakk kann? Memang kulit kita ni sangat complex. Maklumlah, kulit ialah organ TERBESAR pada badan manusia. Jadi ia perlukan banyak nutrient berbeza untuk mengekalkan tahap kesihatannya.

Setiap komponen nutrisi ada tugasan yang spesifik untuk kulit berfungsi dengan optimum. Tak boleh ambil salah satu atau mana yang dan aje. Semua kena ambil. Tapi semestinya ada yang sangat penting dan ada yang berfungsi sebagai penyokong sahaja. 

So kalau nak kulit cantik, wajiblah ambil semua sekali. 

Next, kita kena tahu fungsi setiap komponen nutrisi tadi. Supaya bila ada masalah tertentu, kita tau nak ambil yang mana. Again, kalau nak kulit cantik, wajiblah ambil semua sekali.


FUNGSI VITAMIN KULIT CANTIK

1) PROTEIN

Protein ialah asas pembinaan segala sel. Tanpa protein, tidak ada pembinaan sel baru pada tubuh badan kita. 

Tanpa sel baru, akan ada masalah besar sebab jangka hayat setiap sel tidak lama. Jangka hayat sel kulit ialah antara 28-30 hari sahaja. 

Peraturan alam sentiasa apply di mana-mana. Yang muda, semestinya boleh berfungsi lebih baik daripada yang tua. Yang tua akan mati. Begitu juga sel-sel kulit. 

Disebabkan kulit ialah yang paling banyak terdedah kepada persekitaran, maka kulit juga akan mengalami kerosakkan yang paling banyak. Bila rosak, haruslah digantikan dengan yang baru.

So jelaslah PROTEIN ialah nutrisi asas yang PALING PENTING untuk kulit dan semua sel seluruh badan kita.

Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan. Contohnya daging, ikan, ayam, telur dan susu. 

Kekacang pun kaya dengan protein. Tapi jumlah pengambilannya mestilah lebih banyak daripada protein haiwan untuk penuhi keperluan badan kita. 


2) COLLAGEN

Collagen ialah salah satu cabang protein. Kalau 70% daripada badan ialah air, baki 30% ialah collagen. 

Yes..Pengambilan collagen ialah no.2 paling penting selepas air. 

Fungsi utama collagen ialah sebagai 'pelekat' & memberi sifat keanjalan serta kelenturan.

Tapi tak seperti air, badan kita dapat menghasilkan collagen sendiri. 

Cuma..penghasilan tu akan semakin berkurangan bila usia kita semakin meningkat. Bermula seawal umur 25 tahun badan kita akan mula mengurangkan penghasilan collagen. 

Sebab tu bila makin tua, kulit makin banyak berkedut, sendi makin 'ketat' & saluran darah senang tercedera. Semuanya berpunca daripada collagen yang berbaki dalam badan dah tinggal sikit.

Collagen boleh didapati daripada sumber haiwan seperti ikan, lembu & babi.

Collagen TIDAK WUJUD di dalam tumbuhan. Tumbuhan hanya mempunyai nutrisi yang menyokong penghasilan collagen. Kumpulan ini dinamakan sebagai collagen boosters.

Jadi untuk mereka yang mengamalkan diet vegetarian, mereka terpaksa mengambil lebih banyak kuantiti collagen boosters yang boleh bantu dalam pembentukkan collagen.


3) VITAMIN C

Vitamin C ialah antioksidan yang paling banyak di lapisan epidermis. Iaitu lapisan kulit yang paling luar. 

Fungsinya ialah untuk meneutralkan radikal bebas yang boleh membahayakan kulit, sebab kulit sentiasa terdedah pada pencemaran persekitaran & sinar UV. 

Ada kajian yang menyatakan Vitamin C pada bahagian epidermis mampu melembapkan kulit & membantu dalam mengelak badan kehilangan air.

Vitamin C juga berfungsi dalam membantu penghasilan collagen. Bila Vitamin C tak cukup, pengasilan collagen juga secara automatik akan semakin berkurang.

Vitamin C boleh mempercepat penyembuhan luka.

Masalah keradangan kulit seperti psoriasis & jerawat juga boleh di selesaikan dengan pengambilan Vitamin C.

Tapi malang sekali, Vitamin C tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan & tidak boleh juga disimpan. Jadi kita perlu makan makanan yang tinggi Vitamin C setiap hari untuk dapatkan bekalan Vitamin C yang 'fresh'.

Sumber Vitamin C yang paling popular ialah daripada buah-buahan citrus macam orange, lemon dan berries.


4) VITAMIN E

Fungsi Vitamin E adalah hampir sama dengan Vitamin C. 

Yang membezakan ialah Vitamin C tergolong daripada nutrisi yang larut air, manakala Vitamin E pula nutrisi yang larut minyak/lemak. Jadi ia bertindak pada bahagian yang Vitamin C tak boleh nak bekerja.

Vitamin E juga tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.

Vitamin E banyak terdapat dalam kekacang, avocado, kiwi, minyak kelapa sawit, ikan trout & udang laut.


5) VITAMIN B COMPLEX

Vitamin B Complex ada 8 jenis semuanya. Setiap jenis ada fungsi yang tertentu untuk kulit. Tapi secara keseluruhan, Vitamin B Complex berfungsi untuk kesihatan salur darah, bantu keseimbangan minyak-air pada kulit, rawat garis halus pada kulit & kawal stress pada kulit.

Vitamin B banyak terdapat di dalam daging, hati, seafood, ayam, sayuran hijau, produk tenusu & kekacang.

6) OMEGA-3

Asid Lemak Omega 3  ialah sejenis lemak yang baik dan sihat untuk kita amalkan setiap hari. Ia terdiri daripada 3 jenis asid lemak EPA, DHA, dan ALA.

Omega-3 berfungsi untuk: 
 - melembapkan kulit
 - anti radang
 - lindungi kulit daripada radikal bebas
 - seimbangkan kekenyalan & kelembapan kulit
 - bantu kurangkan pertumbuhan jerawat.
 - mengekalkan tona kulit yang betul.

Kita boleh dapatkan Omega-3 daripada sumber-sumber makanan berminyak seperti salmon, walnut, sardin, flax seed, chia seed & minyak canola.



NAK KULIT CANTIK CEPAT & MUDAH?

Haaa..tuu..diaaa.. Banyak kannn kena ambil? 
Hehe..nak cantik, nak sihat, kena usaha lebih la kann.. 

Tapi takpe! ada berita baik untuk korang yang tengah berusaha nak dapatkan kulit cantik dengan cepat & senang. 

Nak kulit cantik by Hari Raya nanti pun boleh! Ada 14 hari lagi sebelum Hari Raya. 

Sempat! 

Tapi dengan syarat korang konsisten lah setiap hari. Ikin akan guide cara pemakanan yang betul untuk capai goal korang.

  

Kebetulan, Shaklee ada buat promotion bulan April 2023 ni. SPECIAL untuk korang yang nak dapatkan KULIT PUTIH GEBU di Hari Raya nanti! 

Infact, sangat special sampai Shaklee bagi HARGA RAHMAH! 

Serious! Murah gilaaa tak masuk akal. Dah macam free pun ada. 



Set Rahmah yang ikin maksudkan ialah:

SET 1 botol ESP + 1 botol VITAMIN C = RM99 sahaja! 
normal price untuk both ialah RM288.75


dan..ada lagiii...

SET 2 botol ESP + 2 botol Vitamin C = RM188 sahaja!
normal price untuk both ialah RM577.50


Haaa..murah gila kann?

So kalau nak grab PROMO RAHMAH bulan April ni, boleh contact ikin yaa..
whatsapp terus pun senang.. klik aje dekat sini : 

www.wasap.my/60126382029/haiikinsayanakordersetkulitcantikrahmah 

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

Comments