4 CARA ATASI RASA MARAH & KECEWA DENGAN INNER CIRCLE YANG TOKSIK
Hidup kita ni sentiasa kena berhubung dengan manusia. Kita takkan boleh hidup sendirian.
Tapi setiap manusia juga ada ragam mereka, sifat mereka yang kita tak boleh nak 'masuk'. Especially mereka yang toksik.
Kalau orang luar, senang aje..kita keluarkan mereka daripada hidup kita. End of story.
Tapi apa nak buat bila inner circle kita sendiri, atau family kita sendiri yang toksik? Macam mana nak handle?
Kali ni ikin nak share dengan korang, pengalaman ikin sendiri dalam membantu rakan ikin yang terpalit dengan masalah inner circle yang toksik padanya.
π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€
Veronica (bukan nama sebenar) meluahkan rasa sedih, kecewa & marah sebab dipandang rendah oleh orang yang dipercayainya.
Luahkan pada ikinlah.. dia cerita.. so ikin cerita semula dekat korang dengan solution nya sekali. InsyaaAllah semoga bermanfaat buat yang ada masalah yang sama.
Entry kali ni agak panjang ya.. hahaa..ikin bagitau awal² π
Jom selami masalah Veronica..
STRESS DIRI DIBULI SECARA MENTAL
Veronica ialah salah seorang anak daripada 4 beradik. Antara semua ahli keluarganya, dialah yang paling kurang menyerlah achievementnya.
Jadi mereka selalu menasihatinya secara lisan & syorkan masuk persatuan² & kelas² yang boleh tingkatkan kemajuan dirinya.
Nampak normal aje kan?
Mana masalahnya?
Veronica ni sebenarnya sudah sedia ada tekanan lain yang perlu dia hadapi. Dia rasa dia tak sehebat adik-beradiknya yang lain, kerjaya tak gah macam kawan² seuniversiti. Pendek kata, dia rasa dia ni seorang loser.
Jadi 'nasihat-nasihat' yang dia selalu dapat ni dianggap sebagai penambah serabut kepalanya. Veronica rasa dia sentiasa dibuli secara emosi disebabkan perkara ni.
Akibat tekanan daripada family, tambah pula dengan tekanan yang sediada, dia jadi insecure & sentiasa rasa kurang yakin dengan diri sendiri dalam almost everything yang dia buat.
Daripada kehidupan seharian, sampailah dalam pekerjaan. Sentiasa rasa dia akan buat kesilapan & akan create a catastrophy disebabkan kekurangannya itu.
Sampai satu tahap, dia nak bangun pagi pun dah takde semangat. Tidur pun sentiasa terganggu. Hidupnya rasa kosong sebab takde apa yang dia look foward to. Sebab asyik fikir masalah sama yang buat kepalanya serabut π’
Walaupun dia frust kenapa dia boleh benarkan semua tu effect dirinya sampai begitu sekali, tapi perasaan tu sentiasa mengasaknya tanpa belas kasihan.
Bertahun-tahun Veronica pendam rasa ni sampai menjurus kepada masalah anxiety & depression pula π’
Dia terluah pun sebab secara tak sengaja ikin sharing pasal ilmu ''let go & let Allah handle" yang ikin baru je dapat daripada sharing Master Nana Macarona.
INNER CIRCLE YANG BAIK
Selalunya dalam perhubungan yang sihat, inner circle ni ialah mereka yang sayang kita juga. Family kita, kawan baik kita. And they always want the best for us. So bila mereka nampak kita buat sesuatu yang tak betul, mereka akan tegur.
Dalam kes ni, ikin memang kenal rapat dengan ahli keluarganya. Semuanya orang baik-baik. Bukannya keluarga bermasalah. Bukan jenis maki hamun sepak terajang semua tu. Bukan..
Infact, semuanya bijak pandai, beragama & boleh dikatakan berjaya dalam hidup masing-masing.
Tapi kadang-kadang cara mereka nasihat tu mungkin bukanlah cara yang terbaik. Mungkin pemilihan perkataan yang kurang sesuai. Atau masa yang tak sesuai. Masing-masing ada kelemahan sendiri. Tiada manusia yang sempurna.
Jadi mungkin dalam usaha mereka nak menegur & perbetulkan Veronica tu, mereka lakukan dengan terlampau harsh, pushy atau annoying. Iyelah, bila dalam inner circle ni lapik-lapik dalam bercakap tu tak terguna pakai sangat selalunya π
Adatlah, manusia belajar daripada pengalaman. Belajar daripada kesilapan & kita beruntung sebenarnya ada orang yang menegur kesilapan kita.
FAHAM MANUSIA YANG PELBAGAI.
Sahabat yang dikasihi semua..
Dalam apa pun situasi, kita kena faham manusia ni ada macam-macam perangai. Perangai yang selalunya terbentuk hasil daripada ilmu, pengalaman, cara berfikir & kemahuan.
Termasuklah diri sendiri, inner circle & orang-orang yang kita percayai. Semua ada ilmu, pengalaman, cara berfikir & kemahuan yang berlainan. Dan mereka akan sentiasa bertindak atas dasar perkara-perkara itu.
Bila kita faham prinsip utama ni, kita kena belajar untuk berlapang dada & fokus untuk jaga emosi kita daripada diganggu oleh perkara yang kita tak boleh kawal. Seperti tindakan/layanan orang terhadap kita.
Ya, kita berhak untuk berasa sedih & geram. Tapi berikan masa yang terhad untuk semua tu. Sebab perkara ni kita tak boleh nak kawal.
Jadi tak perlu buang masa & tenaga untuk bersedih terlalu lama. Banyak lagi yang perlu kita fokuskan. Bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat Allah telah kurniakan kepada kita.
REALIGN CARA KITA BERFIKIR
Sahabat ikin sekalian,
Sangat penting sebenarnya untuk kita sedar diri & baiki kelemahan sendiri dulu sebelum buat kesimpulan semua masalah datang daripada orang lain.
Sebab, kalau kita sentiasa berfikir positif, apa sahaja perkara yang negatif berlaku sekeliling kita & ke atas kita takkan dapat menjejaskan pemikiran kita.
Curahkan sebanyak mungkin kata-kata motivasi kepada diri sendiri supaya dapat ubah sifat negatif kita.
Plot twist dalam kes Veronica, sifat Veronica sendiri sebenarnya seorang yang perfectionist & keras kepala. Jadi bila ditegur banyak kali dengan cara yang tak disukainya, penerimaannya jadi lain.
Disebabkan cara menegur yang tak betul tu juga, instead of rasa positif untuk betulkan diri, membuatkan dia rasa marah.
π’Marah sebab orang tegur. - ego tinggi
π’Marah sebab cara orang tegur yang salah.
π’Marah sebab kenapa dia yang ditegur. Sebab dia kan perfectionist..jadi tak sepatutnya tak perlu ditegur!
π’Marah pada diri sendiri sebab dia dah gagal untuk jadi perfectionist!
Tak dinafikan, kalau kita layan perasaan marah tu, memang bertambah berapi jadinya.
Keadaan menjadi lebih buruk bila sifat negatif diri sendiri membuatkan masalah menjadi lebih besar.
Tapi, alhamdulillah Veronica bukan jenis yang senang melenting. Sama dengan keluarganya juga. Jadi pergaduhan tidak pernah terjadi.
Walaupun begitu, perasaan kecewa & marah yang dipendam dah makan dirinya sendiri pula π’
MAAFKAN
Macam sharing ikin pasal "let go & let Allah handle" dengan Veronica, ikin sarankan untuk dia berlapang dada & maafkan orang yang sakiti dia.
Berhenti rasa marah, geram & sedih sebab cara menegur mereka yang salah tu. Kita takkan boleh kawal sifat orang. Tapi kita boleh kawal cara kita bertindak terhadap sikap mereka.
Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. Just let go & let Allah handle the rest. Especially kepada orang yang kita tahu niat mereka sebenarnya baik.
Terima teguran dengan positif & move on. Tak perlu nak fikir kenapa orang tu kena tegur cara macam tu. Kenapa asyik dia aje yang kena target. Kenapa, kenapa, kenapa.
Stop.
Let it go & let Allah handle that.
FORGIVE & FORGET?
Yes, bukan mudah nak forgive & forget ni sebenarnya. Especially bila kita jadi mangsa deraan emosi bertahun-tahun lamanya.
Dekat mulut senang je cakap kita maafkan. Tapi bila otak ni teringat balik, rewind balik kisah lama, api amarah tu akan datang semula.
And this vicious cycle keeps repeating & accumulating sampai kita rasa tak tahan nak simpan. Bila teringat, tetiba je air mata mengalir deras. Ini exactly yang terjadi kepada Veronica π’
Jujur kata, sebenarnya melupakan tu sesuatu yang mustahil. Especially bila sesuatu perkara tu dah effect dengan mendalam dalam diri kita.
So apa nak buat bila jadi cemni? Maaf dah maaf. Tapi tak boleh melupakan.
DOA
The only way for us to get out of this vicious cycle is by making du'as.
Kenapa? sebab dengan berdoa ni secara automatik akan mencuci hati kita, memadamkan api amarah tu.
Mula-mula kita maafkan mereka & move on.
Tegas. Tegas dengan diri sendiri & tegas dengan orang lain. Jangan biarkan diri terus memakan diri sendiri atau pun dibuli oleh orang lain.
Anggap sahaja dia nak nasihat kita tapi dia perlukan bantuan untuk ubah cara menegur yang buruk tu & kita doakan dia yang baik-baik.
Bila teringat je semula kisah lama, kita doakan mereka yang baik². Sungguh² nak mereka berubah. Sebab kita pun sayang mereka.
Afterall, they are our inner circle kan? Takkan nak putuskan silaturrahim kekeluargaan & persahabatan pula kan?
Bila terbayang je muka dia, kita doakan yang baik² untuk dia. Do that over and over again sampai kita rasa tenang & bila teringat dia pun kita rasa ok.
Dan secara tak langsung juga, kita dapat pahala sebab mendoakan kebaikkan buat orang lain insyaaAllah. Pintu rezeki pun Allah akan buka seluas-luasnya untuk kita.
Sounds like a really good deal kan?
RECAP
Ok, let's recap perkara yang kita perlu buat dalam menghadapi masalah marah & kecewa akibat inner circle yang toksik.
Actually, this method applies to any human relation problems. Bukan untuk inner circle sahaja.
1. Faham manusia ada pelbagai ragam & perangai. Takkan ada semua jenis manusia yang boleh ngam dengan kita termasuk ahli keluarga. Tapi tak bermakna kita perlu buang mereka daripada hidup kita. Berlapang dada & fokus untuk jaga emosi kita daripada diganggu oleh perkara yang kita tak boleh kawal. Sentiasa amalkan
2. Reflect diri sendiri. Adakah diri sendiri ada sifat negatif yang mungkin menyebabkan masalah menjadi semakin buruk? Usaha perbetulkan diri sendiri dulu sebelum menyalahkan 100% kepada orang lain.
3. Maafkan. Jangan biarkan perasaan memakan diri. Let go & let Allah handle it. Anggap sahaja mereka perlukan bantuan untuk baiki diri mereka.
4. Doa. Doakan yang baik² kepada mereka yang sakiti kita. Sebab dengan berdoa nri secara automatik akan mencuci hati kita & memadamkan api amarah tu.
π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€π€
Ok..so kalau ada sahabat² ikin yang ada similar problems, try doing these tips. InsyaaAllah Allah akan bantu ❤️
Semoga bermanfaat π
Dan..sebenarnya, ikin ada cadangkan kepada Veronica supplement yang boleh bantunya beri tenaga, repair semula sel² yang dah rosak akibat stress tu sendiri & bantu dapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Supplement² ni semua dapat bantu beliau berfikir lebih baik & tenangkan emosi. Tapi ikin cerita semua tu dalam next sharing ya.. insyaaAllah π
Until then, keep yourself happy and healthy ya!
❤,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#caraatasistress
#caraatasiinnercircletoksik
#keluargatoksik
Comments
Post a Comment