Jeragat & Petua Mengelak Serta Menghilangkannya.

JERAGAT TU APA?

Jeragat tu pigmentation ke? 
Hmm..tak berapa tepat sebenarnya. Kalau ikut istilah dermatologi, jeragat ialah hyperpigmentation - iaitu kawasan permukaan kulit yang tona warnanya tak sekata secara bertompok.

Bahasa mudahnya, jeragat = hyperpigmentation


Jeragat ni kita boleh identify dengan bintik warna pelbagai saiz yang lebih gelap daripada warna kulit asal yang muncul atas sebab-sebab tertentu. Jeragat akan membuatkan tona warna kulit kita nampak tak sekata dan comot 😬


Bayangkan tetiba ada jeragat sebesar duit syiling seposen dekat cheek bone. Kalau ada on both sides? Kan dah jadi Queen Amidala namanya? 😅


Ok jokes aside, tapi kalau jadi betul-betul, memang boleh bikin gusar, mandi tak basah, tidur tak lena! Mau taknya.. rasa macam tak boleh keluar rumah dah forever 😅


APA PUNCA JERAGAT?

Macam mana jeragat ni boleh naik tetiba ni?


Ok, firstly, jeragat takkan naik tetiba. It takes days, months and years bergantung kepada jenis jeragat untuk develop slowly.


Sikit..sikit.. dia jadi makin banyak. Mula-mula kita tak perasan, bila dah besar barulah jantung terhenti seketika sebab terkejut beruk tengok benda comot yang tak boleh nak kesat hilang tu 😅


Jeragat terjadi disebabkan kulit kita bertindak balas terhadap rangsangan tertentu yang menyebabkan penghasilan melanin ditingkatkan pada kawasan tersebut. Sebab tu namanya hyperpigmentation - pigmentation yang berlaku dengan banyak.


Melanin ialah pigmen berwarna yang normal bagi setiap manusia. Melanin lah yang memberi warna pada kulit, rambut dan iris mata kita serta membezakan antara warna kulit kita dengan orang lain.


Penghasilan melanin bergantung kepada beberapa faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari, perubahan hormon, umur, kecederaan kulit dan keradangan (inflammation).


JENIS-JENIS JERAGAT

Ada 4 jenis dan punca jeragat yang perlu diketahui dan faham sebelum kita zoom cara terbaik untuk menghilangkannya mengikut puncanya.


1. AGE SPOT / SUN SPOT

Age spot dan sun spot ialah jeragat yang sama tapi daripada punca yang berlainan iaitu akibat pendedahan kepada cahaya matahari yang lama dan juga pertambahan usia.


SUN SPOT

Sun spot terjadi kesan daripada pendedahan kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama secara berulang kali. 


Selalunya jeragat jenis ni hanya terjadi pada kulit yang terdedah pada matahari seperti muka, tangan dan leher.

Ini ialah punca utama kebanyakkan kes hyperpigmentation terjadi. Badan akan menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada cahaya UV yang berbahaya. Semakin gelap kulit seseorang, semakin tinggi melanin yang akan melindungi kulitnya. 


Sebab tu, kita akan menjadi gelap bila terlalu lama berjemur di luar. Tapi, pendedahan yang lama secara berulang kali akan menyebabkan berlakunya hyperpigmentation, iaitu tompok gelap pada kulit.


Jeragat jenis ni selalunya mula terjadi kepada mereka yang dalam lingkungan usia akhir 30an dan awal 40an. Kalau perasan, ada akak-akak yang ada tompok dekat pipi dorang. Aaa..jeragat sun spot la tu. 


AGE SPOT

Selain itu, semakin kita berusia, semakin kurang melanin dihasilkan. Tapi lain pula jadinya apabila melanin yang dihasilkan tidak sekata dan lebih bertumpu. 

Jadi, akan timbul banyak age spot pada keseluruhan badan. Sebab tu kita dapat lihat kulit atuk nenek kita berbintik-bintik, padahal dorang takde keluar rumah sangat pun kan? 

Yes...now you know.. 😄👍 Thank me later ok 😘



2. MELASMA

Malasma pula ialah jeragat yang terjadi disebabkan perubahan hormon. 


Ini disebabkan oleh hormon estrogen dan progesteron yang tidak stabil bertindak menghasilkan melanin secara berlebihan bila terkena cahaya matahari.


Fungsi hormon estrogen dan progesteron juga boleh diganggu kacau melalui pelbagai hormon treatments yang akan menyebabkan kesan hyperpigmentation


Jeragat melasma selalu terjadi di kalangan wanita mengandung atau yang ambil pil perancang kerana dalam dua keadaan ini hormon wanita banyak berubah.


Melasma ni spread dia lagi besar dan selalunya akan muncul di muka (muka juga kannn??  whyyy oh whyy?? 🫠)


3. JERAGAT DISEBABKAN OLEH KECEDERAAN / KERADANGAN

Bahagian kulit yang telah sembuh setelah mengalami kecederaan atau trauma dan akan meninggalkan kesan hyperpigmentation. 
Contohnya macam kesan luka kemalangan, luka terbakar & kesan luka jerawat. 


Kesan luka sebab terlalu banyak menggaru pun boleh menyebabkan hyperpigmentation. Macam kesan garu akibat gatal eczema atau allergic reaction. Kulit yang berulang kali cedera juga akan mengalami akibat yang sama, seperti melecet di kaki.
Selain daripada tu, kesan prosedur kosmetik yang terlalu kuat macam chemical peel, laser & dermabrasion pun boleh menyebabkan jeragat. 

Bayangkan..pergi spa bayar mahal-mahal lepas tu buat muka kita rosak 🙄 ayooo.. sebab tu ikin tak berani nak buat procedure sebarangan dekat muka ni.


4. JERAGAT AKIBAT KESAN PENYAKIT & UBAT 

Jeragat juga ialah salah satu simptom penyakit autoimun, keradangan sistem penghadaman, gangguan metabolik serta simptom kekurangan vitamin.

Selain itu, jeragat boleh terbentuk disebabkan kesan daripada ubat chemotherapy, antibiotik & ubat anti-sawan.


PETUA ELAK JERAGAT

Jeragat boleh dielakkan. Terutama sekali yang berpunca daripada pendedahan matahari.

1. KURANGKAN PENDEDAHAN KEPADA CAHAYA MATAHARI

Cara paling senang ialah dengan mengurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari: 

✅Elak keluar pada waktu matahari panas
✅Kurangkan aktiviti di luar pada waktu panas
✅Pakai baju panjang/ tutup aurat
✅Gunakan topi

⛔⛔AMARAN⛔⛔

Ada kajian yang menunjukkan ada satu kesilapan orang ramai buat ketika hari panas. Iaitu memakai cermin mata gelap (sunglasses). 

Pemakaian sunglasses ketika hari panas memang boleh melindungi mata kita daripada cahaya yang terang. 

Tapi disebabkan mata kita telah 'ditipu' oleh sunglasses tersebut, signal yang dihamtar ke otak untuk meningkatkan penghasilan melanin akan terbantut. Disebabkan itu, kulit kita tak dapat perlindungan yang sepatutnya daripada cahaya UV matahari. 

Tapi kajian ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi untuk dapatkan info yang lebih kukuh.


2. PEMAKAIAN LOTION SUNSCREEN

Sebelum keluar rumah, kita wajib mengenakan sapuan lotion sunscreen pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Dan kita mesti reapply semula lotion sunscreen setiap 2 jam untuk memastikan kulit sentiasa terlindung daripada sinar UVA dan UVB.

In fact, sebenarnya kalau kita di dalam rumah atau office pun sangat perlu untuk memakai sunscreen. Terutamanya apabila kita duduk berdekatan dengan cermin tingkap yang cahaya matahari boleh masuk. 

Kalau dalam bangunan dah kena pakai sunscreen, apatah lagi kalau duduk dalam kereta kan? 

Pendedahan kepada bluelight pada handphone, computer & tv juga boleh beri kesan buruk pada kulit yang tidak ada perlindungan daripada lotion sunscreen.

Jenis sunscreen juga memainkan peranan penting demi memastikan perlindungan menyeluruh untuk kulit kita. 

Sunscreen yang baik ialah yang mempunyai: 

✅SPF level yang tinggi. Iaitu SPF 50
✅spektrum luas yang merangkumi perlindungan daripada UVA & UVB
✅diperbuat daripada kandungan organik yang mesra kulit dan tidak ada side effect merbahaya
✅sesuai dengan semua jenis kulit
✅bebas bahan kimia merbahaya
✅daripada syarikat yang dipercayai

Contoh sunscreen terbaik ialah daripada Shaklee, iaitu Youth Age Defense Moiturizer with SPF50.

Sunscreen Youth daripada Shaklee ini bukan sahaja dapat lindungi kulit kita daripada sinar UVA, UVB & blue light, tapi ia juga mampu repair semula sel-sel kulit kita daripada terus rosak & kembalikan keremajaan kulit! 

Aaaa.. jadi remaja semula tu yang mahall tu. Hehehhe.. 🤭 

Ehh..tapi jangan risauu. Takde mahal pun  sebenarnya Youth Moisturizer SPF50 ni. Infact, lagi murah kalau nak bandingkan dengan jenama lain.

✅menggunakan teknologi Vital Repair yang telah dipatenkan dan tak boleh ditiru oleh mana-mana syarikat.
✅bebas lebih daripada 350 jenis bahan kimia merbahaya daripada racun serangga, impurities dan bahan yang diragui dalam kandungan botanikal yang digunakan - iaitu 3 x lebih banyak daripada minimum requirement
✅semestinya kandungan botanikal yang organik & berkualiti tinggi sahaja yang diambil
✅menjalani lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan tahap keselamatan & kualiti di tahap yang terbaik.


3. PENGAMBILAN SUPPLEMENT VITAMIN

Kekurangan vitamin boleh menyebabkan jeragat. Jadi, sebelum badan kita kekurangan vitamin, eloklah kita ambil siap-siap supaya jeragat takkan timbul disebabkan kekurangannya.

Kekurangan vitamin apa yang akan mengakibatkan terbentuknya jeragat??? 

Vitamin yang dimaksudkan ialah Vitamin B12. Tetapi, vitamin B12 memerlukan vitamin B yang lain supaya ia dapat diserap dengan baik oleh badan. Jadi kita digalakkan untuk mengambil vitamin B Complex seperti Shaklee B Complex supaya kita dapat kebaikkan seluruh spektrum vitamin B. 



Macam mana pula dengan mereka yang dah sedia ada jeragat? boleh hilangkan ke?

Jangan risau, pastinya ada solusinya. 


1. SKINCARE

Pertama sekali, bertukar kepada skincare yang bukan sahaja berfungsi untuk membersihkan kulit, tapi juga untuk merawat kulit yang dah rosak. 

Macam set skincare yang Youth Shaklee tawarkan, mereka ada range yang complete daripada Cleanser, Toner, Moisturizer, Serum, Night Cream dan C + E yang memang specific untuk merawat kulit. 



2. RAWATAN DERMATOLOGI

Rawatan dermatologi yang mampu untuk menghilangkan jeragat ialah rawatan jenis chemical peel & terapi laser. 

Tapi semestinya bila dah melibatkan rawatan specialist seperti ini, kosnya pun akan sedia maklum harga kayangan yang hanya golongan atasan T20 sahaja yang mampu mendapatkannya. Sebab rawatan ini memerlukan rawatan yang berulang-ulang.

Tambahan pula, rawatan ini mempunyai risiko lain yang mengakibatkan jeragat yang lebih teruk kalau tak dilakukan dengan berhati-hati. 

                 Rawatan Chemical Peel

                  Rawatan Terapi Laser


3. PENGAMBILAN VITAMIN C, E, ANTIOKSIDA & PROTEIN

Selain penjagaan dari luar, penjagaan dari dalam juga perlu dititik beratkan sebab kulit kita mempunyai bahagian yang terdedah pada persekitaran luar & juga bahagian dalam badan. 


VITAMIN C & E

Vitamin C dan Vitamin E yang sememangnya terkenal dengan jolokkan 'vitamin cantik' memang sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang ada masalah jeragat sebab kemampuannya untuk memudarkan jeragat serta memutihkan kulit.


PROTEIN

Protein ialah asas pembinaan sel. Jadi bila sel kulit dah rosak akibat jeragat, badan kita perlukan bekalan protein yang lebih supaya dapat membina sel yang baru untuk menggantikan sel yang dah rosak.


ANTIOKSIDA

Pengambilan supplement yang tinggi ka
ndungan antioksida juga sangat membantu dalam merawat serta mengelak jeragat dari dalam badan. 

SET JERAGAT SHAKLEE

Ikin cadangkan kalau yang ada masalah jeragat, cubalah amalkan set jeragat yang paling complete daripada Shaklee ni.  Amalkan setiap hari supaya dapat bantu memudarkan seterusnya menghilangkan terus kesan jeragat. 

✅Vitamin C
✅Vitamin E
✅Protein Soya ESP 
✅Minuman botanikal tinggi antioksida Vivix

✅selamat untuk semua lapisan umur
✅berdasarkan sumber organik
✅lebih murah berkali ganda daripada rawatan dermatologi
✅boleh buat sendiri aje di rumah. tak perlu keluar
✅tiada kesan buruk

So sekarang korang dah tau apa itu jeragat, jenis-jenisnya, macam mana nak elak dan macam mana nak rawat jeragat. 

Save info-info ni untuk rujukan & boleh whatsapp ikin terus di sini untuk order Set Jeragat dan Set Youth Skincare.

Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye! 

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#jeragat
#hyperpigmentation
#setjeragatshaklee
#puncajeragat
#jenisjeragat
#rawatjeragat







Comments