TIPS SIHAT DI HARI RAYA, SHAKLEE STYLE!


Haaa..dah kata taukeh Shaklee, mestilah Hari Raya dengan Shaklee jugak. Confirm tetamu yang datang balik dengan badan yang lebih sihat! 

Tak mainlah balang-balang kuih raya semua tuuu. Ikin bagi vitamin Shaklee. Botol-botol vitamin tu ikin hias dengan beads and lace. Aura raya mesti kena ada 🤩

Ketupat rendang? Takde..ikin hidang ice blended ESP + fruits. Senang. Semua kenyang. Dapur ikin pun tak berkecah dengan minyak bagai.

Ikin suka try approach yang lain daripada yang lain. Ikin akan hidang bermacam-macam jenis buah & sayur untuk tetamu pilih sendiri.

Then mereka akan pilih nak mix dengan ESP atau Cinch Shake atau MealShakes. Nak pilih dengan Performance Drink pun boleh!

Lepas tu blender & ice pun ikin akan letak sekali. Self service & explore your own creativity gituh 😆

❌❌❌❌NOTTTT!!❌❌❌❌

Ahahahaahah! 🤣🤣🤣🤣🤣
Korang percaya ke? 🤣🤣🤣

Takdelah ikin nak jamu segala macam vitamin dekat korang kalau datang beraya nanti 😂

Raya tetap raya! 💃

Hmm..tapi idea self service tu macam best juga kan? Boleh develop lagi idea tu sebagai pilihan menu. It would be fun! 😄👍


TRADISI RAYA

Bukan raya la kalau takde makanan tradisi kita.. Orang duduk oversea pun sibuk buat ketupat rendang semua. Kita dekat Malaysia ni lagilah kann?

Ketupat dengan kuah kacang is my all time fav 😍 Kalau pergi rumah orang, ada ni je pun ikin dah happyyy sangat 😄

Redang campur is to dieee forrrr! 🤤 Omg..ikin selalu korek-korek cari paru! 🤭 Sedap gilaaa bila makan dengan ketupat.

Lemang, pada ikin so so aje. Kalau takde pun takpe. My Raya is fine without lemang 💁

Hmm..tapi kuih raya tahun ni ikin tak look foward sangat. Maybe sebab dah biasa buat IF kot? 

Bila kita buat IF, kita punya sugar craving tu terkawal. Tambah pulak kita continue dengan puasa Ramadhan kan..

Then, ikin amalkan Cinch Tea setiap hari yang memang akan cut lagi sugar craving tu. So yeah, tahun ni kuih raya ikin tak makan sangat. Takat rasa cenggitu je la. 


Kalau dulu, 1 balang kuih tart tu boleh hadap sorang-sorang 😬 Especially biskut cornflakes madu. Itu tak boleh share okeh! Orang lain nak amik kita bagi la.. tapi sambil bagi pandangan tajam jugak.

Hahahaha.. punyalah tamak 😂


RAYA BERINGAT-INGAT

Hari Raya is such a happy event. Sebab tu raya mesti sebulan 😆 Tapi lumrah bila kita happy² ni, mesti kena beringat juga. Especially bab makanan. 

Mesti ramai juga yang risau, terutama sekali yang dah sediada penyakit kolesterol, sakit jantung & kencing manis. Ikin yang tak sakit apa-apa ni pun tetap akan ambil langkah berjaga-jaga.

Semua pun tau majoriti juadah Hari Raya kita sangat kaya dengan kolesterol & gula. Boleh aja nak dikurangkan minyak, kurangkan santan, kurangkan lemak daging, kurangkan gula. Tapi, bak kata influencer makanan terkenal Khairul Amin, kalau dikurangkan, rasa dia takkan sesedap yang original lah!

Makanan tak sedap, raya pun tak syiok ooo..


RAYA, RAYA JUGA, NUTRISI TETAP MAHU DIJAGA

Sebab tu bila raya, paling utama ikin akan control portion makanan. Ikin takkan makan sampai tersandar. Sentiasa makan beringat-ingat. 

Suku-suku separuh tetap akan diamalkan seboleh mungkin. Maklumlah bila pergi beraya ni hidangan sayur tu kadang-kadang takde pun 😅

Ikin bersyukur sangat dah amalkan supplement Shaklee ni berpuluh tahun lamanya. Sebab supplement ni lah yang akan isikan nutrition gap yang terlompong akibat diet pemakanan yang tak seimbang.

Semestinya Set Asas Shaklee lah penyelamatnya! Sebolehnya janganlah ditinggalkan walau sehari. Sebab badan kita perlukan nutrisi seimbang setiap hari. 

Kurang nutrisi bermaksud badan akan kurang efisyen dalam fungsi seharian.


AIR RAYA

Ada ke orang hidang air kosong untuk tetamu yang datang berhari raya? Mungkin ada, tapi hanya sebagai air sampingan. Bukan sebagai air utama. 

Sebenarnya air manis ialah antara punca penyakit dan kegemukkan yang effortless. Tak perlu bersusah payah nak kunyah pun dah selamat 100 kalori secawan.

Lagi manis air, lagi cepat kita haus. Sudahnya, ambil lagi air manis berkali-kali. Parahh.. 😵

Hehe..sebab tu selalunya ikin akan buat muka tebal and cari sendiri air kosong dekat dapur 😂 


Kalau dari depan dah nampak mesin Cuckoo atau Coway, haaaa..memang ikin teruss tuju ke situ aje dengan cawan kosong bekas air manis tadi 🤭 Jamah juga la secawan air manis untuk jaga hati tuan rumah. 

Kalau rumah saudara-mara, ikin dah siap bawak botol air Shaklee ikin terus. Sebab nak isi air kosonglah 😂 


PENGHAPUS KOLESTEROL

Tapi, walaupun makan beringat, ikin akan tetap standby supplement Shaklee Phytocol-ST, Omega Guard, Lecithin & Herblax. 


Tujuan utama keempat-empat supplement ni ialah untuk mengawal kolesterol dalam badan.


PHYTOCOL-ST 

Phytocol-ST ni yang paling powerful sebab dialah defence line PERTAMA badan (selepas mulut gagal dikawal 😂) daripada kolesterol jahat. 

Sebabnya, Sterol tumbuhan dalam Phytocol akan MENGHALANG PENYERAPAN KOLESTEROL daripada masuk ke dalam sistem darah. Segala kolesterol yang gagal diserap akan terus dibuang melalui najis. Bayangkan, korang dah enjoy satay dengan lemang tu..tapi kolesterol jahat tak dapat masuk pun dalam sistem darah kita. Amazing sangat kan?

Senang gila.. tak payah risau dengan kolesterol bila makan hidangan openhouse yang berlambak-lambak tu 😆

Aaa..tapi itu untuk kolesterol yang baru dimakan. Apa jadi dengan kolesterol yang dah pun berada dalam sistem badan kita? Apa solusi untuk kolesterol yang dah berlipat-lipat serata badan kita tu?


OMEGA GUARD & LECITHIN

Don't worry! Omega Guard & Lecithin ada!

Kedua-dua rakan baik ni akan sentiasa berganding bahu untuk longgarkan lekapan kolesterol yang sediada di seluruh sistem badan kita.


Lemak Omega-3 dalam Omega Guard akan bertugas di bahagian organ. Dia akan 'bakar' viceral fats yang tersembunyi di sekeliling organ, dalam salur darah & hati. 

Jangan terkejut kalau ada orang yang dari luar nampak slim & sihat, tapi sebenarnya mempunyai viceral fats yang tinggi. Sebab lemak-lemak ni terlindung. Tapi inilah lemak yang paling bahaya kerana lokasi dia di tempat-tempat penting & kritikal.



Soy Lecithin dalam Lecithin pula bertugas di bahagian-bahagian lain di bawah kulit. Lemak-lemak kolesterol dilonggarkan & 'dicairkan' oleh Lecithin dengan begitu cekap sekali, sesuai dengan fungsinya sebagai pengemulsi lemak. 


Bila lekapan kolesterol dah longgar, ia akan lebih mudah untuk dibuang. Sebab tu kalau amalkan Omega Guard & Lecithin setiap hari, berat badan kita akan turun & inchloss akan nampak dengan ketara! 

Tiba-tiba aje dah boleh sarung jeans lama. Tiba-tiba aje saiz baju dah menurun. 
Padahal tak bersenam pun 🤭

Seriously! yang ni ikin dah buat berulang-ulang kali untuk keadaan yang berbeza. Dalam pantang, anak baru putus susu & dah tak menyusu 1 tahun lebih.

Semuanya bagi keputusan yang sama. Tapi masa yang diambil berlainan. Dalam pantang yang zuuuuuup paling laju sekali dapat tengok kesan.

Paling lambat sekali semestinya waktu dah 1 tahun lebih tak menyusu. Sebab bila kita menyusu, lagi banyak lemak dikeluarkan daripada badan melalui susu badan kita. 

Jadi, happylah bila anak kuat menyusu, sebab kita on fast track lane to slimming effortlessly 😆


HERBLAX

Bila sebut pasal membuang, semestinya Herblax lah di tangga no. 1 di Shaklee. 

Tugas utama Herblax tak lain tak bukan ialah untuk bantu sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih efisyen.

Makan sebelum tidur, esok pagi confirm keluar semuaaa sisa makan semalam. Flushh semua sekali. Termasuklah lemak-lemak kolesterol yang dah dileraikan oleh Omega Guard & Lecithin sebelum tu.

So takdelah segala lemak tu berlama-lamaan dalam badan kita. Lagi lama lemak dalam badan, lagi keras & susah untuk dibuang.

So sebelum jadi lagi susah, marilah kita buang dia awal-awal 😄👍

Eh, tapi bukan macam julap tauu.. Herblax punya reaction ni natural aje. Bukan macam kena paksa berak ke apa. 


Ingredient utama dalam Herblax ialah daun sanna, iaitu salah satu daun yang Rasulullah SAW sarankan kita ambil untuk kesihatan keseluruhan, khususnya perut. 

Hendaklah kamu melazimi daun Sanna dan madu sesungguhnya pada keduanya itu kesembuhan dari segala jenis penyakit kecuali sam”, lalu Baginda ditanya: “Apakah makna sam”? Baginda S.A.W. bersabda: “Sam itu ialah kematian”. (Riwayat Ibn Majah: 3584)


KESIMPULAN

So there you go. Tips sihat di Hari Raya, Shaklee style. Or more like Shikin style la. Sebab kalau nak cerita Shaklee punya, lagi banyak sebenarnya 😄 

Tapi ini yang paling basic korang kena prepare untuk pastikan terus sihat sepanjang Hari Raya. Or atleast tak bertambah sakit. 

Maklumlah..raya ni kan bulan makan 🤭

Until next time, stay healthy to stay happy! 

Nak order set kolesterol boleh klik sini ya..
untuk pembaca blog Shikin Shams ikin ada special surprise untuk korang yang beli melalui sini 😘

❤️,
Shikin Shams

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#harirayadenganshaklee


Comments