PERJALANAN SEBUAH KEBAHAGIAAN
Sekarang pukul 12tgh malam. Ikin baru balik dari mesyuarat PIBG dekat sekolah anak. Yup..ikin jadi AJK PIBG ð
Bukan dipaksa, tapi dipilih. Bukan terpaksa pegang jawatan, tapi honoured sebab terpilih untuk berbakti kepada sekolah anak yang juga sekolah ikin suatu ketika dulu ð
Balik tu masih segar pulak. Anak² dah tidur. Idea pulak datang mencurah² untuk tambah baik sekolah. Sambil tu, dapat idea untuk blog juga.
Heheheh ð cemtulah kepala mak-mak nih. Sentiasa multi tasking. Mujur Vivix & ResV ada sentiasa. Boleh la keep up dengan tenaga yang diperlukan ð
Bak kata YDP PIBG tadi, ikin ni makan Shaklee..tidur pukul 3 pun takde hal ð
Anyways, ikin nak sentuh sikit pasal isu viral sekarang ni. Isu influencer Hafiz Mahamad bagi birthday surprise dekat wife dia dengan sewa 1 cinema hall & bawak wife + parents sama-sama dengan dia pergi haji.
Wife nangis tak henti-henti sebab seronok sangat. Orang lain pun nangis jugak sebab turut tersentuh. Ramai juga yang tag suami masing². Nak minta macam tu juga kot? ðĪ
Huhu..alhamdulillah. Rezeki dorang Allah dah bagi macam tu ð
Perlu ke nak tunjuk dekat socmed?
Hafiz tu kan buat bisnes.. socmed memang tempat untuk dia beri inspirasi. Sebab dia mampu buat macam tu yang orang lain belum mampu untuk buat.
Dia pulak jenis yang suka memberi. Itu cara dia tunjuk kasih sayang dia. Love language dia. So kalau untuk wife sendiri, memang lagi all out la dia bagi.
Actually ikin pun suka memberi sebenarnya. Suka buat surprise ð I feel happy doing that. Especially for those whom i love the most. I don't ask for anything. I give. Tapi taklah skala macam Hafiz Mahamad tu ð
Ikin bake sendiri birthday cake dia..
Order makanan fav dia.. Dah kalau aku yang baking, yang masak makanan tu mestilah kedai kann. Pengsan la nak buat semua ðĪĢ
Ni Mango Strawberry Cheesecake
Perasan tak cheesecake tu pun ada 2 warna? Aaa..sebab cheesecake tu pun ada blended mango & strawberry okeh!
Amacam? ada bakat buka kedai kek tak? ð Ini tahun² lepas punya la. Tahun ni pun ada.. tapi gambar tak berapa cantik pulak. Kita tunjuk yang cantik aje la ð Cemtulah bila kita buat sendiri kan.. ada yang jadi, ada yang tak jadi. Yang penting, it came from the heart gitu ðð
Hmm..tapi husband ikin bukan jenis yang buat surprise, bagi hadiah ni. Love language dia lain. In fact, family dia memang bukan jenis yang sambut hari jadi pun. So pada dia tak penting semua ni.
Tapi malangnya bagi ikin masa dulu, ikin tak sedar lagi love language dia macam mana. Ikin expect dia sama macam ikin. Dan expect law of give and take diamalkan.
Jadi sebab kita dah bagi dia, kita expect the same in return la kan? Ikin tak minta pun. Tapi expect. Dan berharap. Heh..but nothing happened ð
So I felt macam tak dihargai. And that made me unhappy.
No doubt, I still love him. But.. itulahh..
Ikin selalu expect dia buat apa yang ikin nak dia buat. In the end, kecewa & nangis sorang-soranglah jawabnya. And syaitan mula la cucuk-cucuk bagi ikin rasa makin kecewa & marah.
Tambah pulak bila tengok dekat socmed macam mana other people punya husband treat their wife. Bagi itu ini, bawak sana sini. Eh, aku makin panas.
Tapi syukur alhamdulillah Allah tunjukkan hidayah bila nampak orang sekeliling punya ujian jauhh lebih berat daripada ikin.
Duit berkepuk tapi selalu bergaduh
Income tak stabil, husband pulak tak function
Husband kaki lepak, mata liar
Husband tak tolong kerja rumah
Wife menggatal dgn org luar
Wife mintak ini itu diluar kemampuan husband
Prob dengan mertua
Prob dengan ipar
Cerai
Anak tak sihat (yang teruk)
Diri sendiri tak sihat (yang teruk)
and the list goes on..
That made me feel so so so blessed to have him as my husband. And I don't want to change a single thing about him. In fact, it made me love and appreciate him even more! ❤️
It made me buka mata hati dengan lebih luas. Untuk sentiasa bersyukur & beringat. Socmed ni tempat keras sebenarnya. Bukan untuk orang yang lemah semangat.
Selalunya orang akan tunjuk yang baik-baik, cantik-cantik aje di socmed. So secara tak sedar we tend to compare it with what we have.
Tak baik sebenarnya buat macam ni. Elok-elok kita happy, dah jadi tak happy sebab kita bandingkan rezeki dia yang Allah bagi dengan rezeki kita yang Allah bagi.
Astaghfirullah.. macam orang kufur nikmat kan?
Bukan salah orang yang menunjuk tu. Dia nak share happiness dia aje. Mungkin juga itu aja happiness yang dia dapat setelah ujian demi ujian yang dilalui. Ujian tu dia tak tunjuk pun dekat socmed.
Tapi kita? kita yang salah sebab dengki & iri hati tak dapat apa yang dia dapat.
Hah. Keras betul perkataan dengki tu. Oklah.. kecewa.. Aaa...gitu ð
Bila dah makin tua ni, makin banyak kita belajar. Especially dalam usaha untuk kecapi kebahagiaan hidup berumahtangga.
Sayang sahaja tak cukup utk kemudi sebuah perkahwinan.
Perkahwinan bukan semuanya indah. Ada banyak tanggungjawab & proses yg akan membuatkan kita stress, penat, rimas, meluat, marah & macam² lagi.
It is a process. Setiap langkah dlm perkahwinan ialah ujian. Satu journey.
Tapi mcm mana kita hadapi semua proses & ujian ni yg akan menentukan samada kita akan kekal bahagia bersama atau tak.
Setiap pasangan yang dah berumahtangga, like it or not, mesti sedar perkara² ni & bertindak mengikut lunas-lunas Islam:
ð Tanggungjawab -
Marriage comes with responsibility. Buat sebaik yg boleh. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
If we care for our marriage & family, we will strive everyday for the best of it.
Bahagikan tanggungjawab mengikut capability & workload masing². Bukan berat sebelah dan bukan juga sama rata.
Marriage tak pernah 50-50 sebenarnya.
Adakala kita boleh bagi 20 aje. Dia kena top up 80. Adakala kita boleh bagi 90. Dia boleh berehat & bagi 10 aje.
50-50, 20-80, 90-10 tu apa?
Dari segi tenaga, kewangan, emosi & masa. Sebab at the end of the day, perkahwinan ni dikendali oleh kita berdua juga.
Tidak akan wujud sebuah perkahwinan yang bahagia kalau satu pihak sahaja yang berusaha.
ð Komunikasi yang berkesan -
Sangat penting bila berhubungan dengan manusia. Especially dengan pasangan yang kita sendiri dah janji untuk hidup bersama.
Jangan assume pasangan tau apa dlm hati kita. Takde siapa ada kuasa telepathy.
Ada benda tak puas hati, bagitau dgn cara yg baik & selesaikan dgn baik.
Jgn pendam & stress sorang² lepas tu cari 'kebahagiaan' dekat luar.
Bila kita rasa sesuatu tu patut dibincangkan, kita bincangkan. Address it properly pada masa yang betul. Bukan waktu kita tengah marah & dia tengah busy.
ð Persefahaman -
Kita kena sentiasa belajar utk memahami, belajar utk kenal pasangan.
Sebab manusia ni sentiasa evolve dgn environment & pengalaman. Bukannya robot yg dh pre-programmed & kekal cemtu selamanya.
Bukan dia dah berubah, tapi dia dah evolve. Kita pula masih expect benda yang sama macam 5, 10 tahun dulu.
Bila pasangan dah penat, tolonglah settlekan kerja yang selebihnya.
Kalau wife hadap anak² seharian, cuba lepas balik office tu kita pula yang hadap anak². Bagi wife rest.
ð Expectation
Jangan dok expect sangatlah dengan manusia. Nanti kita kecewa.
Jangan bergantung harap dengan manusia. Hanya pada Allah SWT kita bergantung harap.
Kita buat tanggungjawab kita. Tak payah nak expect husband sepatutnya buat macam ni, macam tu. Sebab orang lain pun buat macam tu.
Expect less. Cukup dengan tanggungjawab yang wajib. Yang lain² tu kalau dapat, it is a bonus for us. Macam apa yang Ainaa dapatlah. It is a bonus for her. Alhamdulillah.
Tak perlu nak tag husband, mintak benda sama. Memanglah bagi husband yang sayang, dia akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan hasrat kita. Dah sayang kann.. Tapi kita seolah-olah tak nampak yang husband kita belum mampu nak bagi macam tu lagi.
ð Transparent & Jujur -
Jangan berselindung apa² dengan pasangan. There should be no secrets between you and your husband.
Pada ikin tak perlu nak ada had privacy. Tak boleh tengok handphone lah.. Tak boleh tengok wallet lah..
Of course itu semua barang peribadi. Tak perlu pun kita nak sibuk² tengok sebenarnya. Tapi tak perlu sampai nak kena set had, secret password bagai. What's there to hide?
Tapi rahsia orang jangan ko bocorkan pulak atas alasan "tiada rahsia antara kita" ð
Jujur juga dengan pasangan tentang perasaan sendiri. Bila kita rasa sedih, tak puas hati, cerita dekat dia ada benda yang tak resolve yang buat kita tak happy. Bincang sama-sama.
ð Jaga batas pergaulan -
Faham & jaga batas pergaulan dgn orang lain supaya kita dapat jaga hati pasangan, elak daripada fitnah & maksiat.
Quite shocking sebenarnya bila baca cerita wife orang bertepuk tampar dengan suami orang dekat office tu perkara biasa. Makan berdua dengan husband orang tu normal.
Office ikin tak macam tu. So I thought semua office pun sama ajelah. FYI, ikin tak pernah kerja dekat office lain. Tapi rupanya kisahnya terbalik ya.. ð
Jangan biasakan benda yang salah. Syaitan tu sentiasa berusaha utk tarik kita bersama mereka. Fikir sebelum bertindak. We are better than them.
ð Tundukkan pandangan -
"Dulu isteri saya yang paling cantik. Tapi kenapa sekarang isteri saya tak secantik dulu?"
Pernah jumpa ayat macam ni?
Ini maksudnya si suami tak menjaga pandangannya. Sebab bila dia benarkan dirinya untuk suka tengok wanita yang haram baginya, maka Allah akan tarik nikmatnya melihat wanita yang halal baginya.
Sebab tu dia dah tak nampak kecantikan isterinya itu.
This goes both ways sebenarnya.
Isteri yang menggedik di tempat kerja dengan lelaki yang haram baginya..sebab apa?
Semuanya bermula dengan pandangan yang tak terjaga. Kemudian turun ke hati. Bila hati dah tertarik, tindakan akan menyusul.
Nak pakai baju cantik & kemas takde salahnya. Tapi khaskan baju yang menarik pandangan tu hanya untuk suami.
Kadang² dah pakai purdah pun boleh kacau suami orang kan?
Again, pastikan pandangan & tingkah laku kita dijaga. Syaitan tu sentiasa cari jalan nak porak perandakan hidup orang Islam.
ð Doa -
Sentiasa doakan kebaikkan pasangan kita-whole heartedly.
Bila buat cemni, kita sedar yang kita sayang dia sangat² & mahukan yg terbaik utk dia & mahukan perlindungan daripada Yang Maha Esa supaya dia sentiasa dlm keadaan baik.
Bila perkara ni kita dah sedar, sanggup ke nak bergaduh lama², tinggal anak bini, cari 'kebahagiaan' lain dekat luar?
ð Couple time -
Kadang² dalam kita terlalu fokus laksanakan tanggungjawab & kerja, kita lupa nak tumpu perhatian pada aspek lain - macam keperluan emosi isteri/suami.
Again, communicate dengan cara yang betul. Fahami keadaan pasangan & bertindak accordingly.
Sesibuk mana pun urusan kita, usahakan utk spend couple time dgn pasangan setiap hari.
Aktiviti yg korang buat berdua sahaja tanpa anak² di sebelah yg boleh larikan fokus kita kpd aktiviti & pasangan kita.
Just us.
Solat, makan, berborak, mengaji, berlari, yoga, urut. Apa sajalahh.. Tak semestinya kena aktiviti romantik aje.
Kita nak masa berdua tu. Supaya kita sentiasa rasa kita ada pasangan yg kita boleh buat aktiviti bersama. Bukan org yg tlg jaga anak² atau org yg tlg carikan duit semata-mata.
ðRespect -
Hormat-menghormati amalan yg mulia. Bila kita hormat, kita akan jaga kelakuan, tutur kata, face expression kita supaya kita dapat jaga hati dia, maruah dia debagai ketua keluarga.
Bukan semuanya perlu dizahirkan dan dan tu juga.
Memang perlu jujur. Tapi perlu kena dgn masa & tempat. Be wise.
ð Enjoy! -
Semua pun ada naik turun pasang surut. Manada manusia sempurna.
So jangan harapkan semuanya perfect. Terima kekurangan pasangan, work it out & enjoy the journey.
Jangan serius sangat bila pasangan buat kesilapan kecil macam tersilap faham yang Lee Chong Wei tu bukan pemain bola sepak.
Just laugh it off. Kelakarkan? Tapi betulkanlah dia.. jgn biar dia terus sesat dlm dunia sendiri ð
ð Curi masa -
Curi masa untuk bermanja² bila ada peluang. I particularly love love love this one ðĪŠ Eh tak kisah la siapa yang tarik siapa. Dah halal kan.. ð simpan je ego tu.
Tengah dalam perjalanan dari dapur nak ke kereta, tetiba nampak dia dekat living room. Singgah la kejappp. Give a hug for 10-20 seconds. Lepas tu pergi la amik barang dekat kereta tu ð
Sebenarnya banyak lagi kalau nak senaraikan. Tapi setakat ni je lah kot.. Semoga kita semua dikurniakan dgn perkahwinan yg bahagia, tenang & tenteram.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah ar-Rum, ayat 21)
❤️,
Nur Ashikin
- yang hampir tigabelas tahun jagung berkahwin ð
Comments
Post a Comment