3K YANG TAK BOLEH DIABAIKAN SEWAKTU TRAVEL BERSAMA FAMILY

Bila cerita pasal travel ni, semua pun excited. Belum pergi lagi dah seronok dah 😂 The power of imagination kannn.. Kita dah boleh bayangkan kegembiraan yang akan kita experience sewaktu bercuti tu.

Sejak habis PKP dulu, ikin perasan makin ramai yang ambil kesempatan untuk pergi travel. Tak kisah la travel dalam negara atau pun luar negara. Asalkan ada cuti panjang sikit je, bertebaran semua nak cari port best untuk healing. Ye tak? 😄

So ikin rasa korang semua mesti dah expert bab persediaan untuk travel nih. Cuma ikin nak ingatkan aje, jangan diabaikan atau kompromi 3 perkara ni walau apa pun yang terjadi. 

✅Kesihatan
✅Keselamatan
✅Kecemasan

Kalau korang abaikan 3 perkara ni, cukup jadi 1 perkara aje, akan effect keseluruhan percutian kita nanti. Nak healing pun dah tak syiok 😟


KESIHATAN

Sebelum Travel...

Tips travel yang sangat penting ialah sentiasa pastikan kesihatan kita dijaga dengan baik dan dalam keadaan baik at least 2 minggu sebelum kita bercadang untuk pergi travel. Sebab kalau terjangkit apa² virus, insyaaAllah sempatlah kebah sebelum tarikh bercuti tu.

Tapi, janganlah didoakan cemtu pulak kann.. So setiap hari, makan makanan sihat & jangan jangan jangan tinggal ESP, Vitamin C, Vitalize, Bcomplex, Omega Guard, Zinc. Ini paling basic la.. supaya semua sel dalam badan kita dalam keadaan sihat dan tak mudah terjangkit penyakit.

Yang ada masalah tidur, ambil Ostenutrix sebelum tidur supaya badan kita dapat rehat yang secukupnya sebelum travel. Iyelah memang ikin faham banyakkk sangat benda nak prepare sebelum travel kann..?? tetiap hari pun tidur lambat 😅 so kita wajib jaga diri supaya waktu travel nanti kita cergas & sihat 😃💪

Untuk anak², boleh bagi Hero Kiddo, Vitalea Kids & MealShakes. Cukup semua ni insyaaAllah untuk buat anak² kita sihat & cergas masa travel nanti.

Allah..anak² sakitlah yang paling kita nak elak waktu travel. So kita wajib sediakan badan dorang dengan khasiat yang secukupnya. 

Semasa travel..

Travel & penat memang takkan dapat dipisahkan. Balik hotel je, kaki berdenyut, badan lenguh² 🤣 

Sebab tu sangatlah molek kalau kita ambil Ostenutrix & makan sebelum tidur. Supaya otot² kita yang dah kepenatan tu dapatlah berehat & 'diurut' waktu kita tidur. Esok pagi, terus segar & ready untuk bantai badan lagi sekali dengan berjalan tak hingat dunia 😂

Masa travel juga kita akan try makan segala makanan. Cheat day all the way sampai habis travel la ceritanya 🙊

So bila dah cheat day everyday, wajiblah bawa Phytocol, Lecithin & Omega Guard untuk elak kolesterol membukit dalam badan.  

Kalau banyak makan makanan manis pula, sentiasa standby alfalfa + B complex untuk elak gula tak tersimpan dalam badan. 

Taknaklah lepas happy² check out hotel, kita check in hospital pula 2-3 hari lepas tu 😢

So..jangan lupa untuk bawa segala supplement ketika travel ya! It will help us a lot in maintaning our health 💞


KESELAMATAN

Keselamatan seluruh ahli keluarga sangatlah penting tak kira di mana kita berada. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya boleh elak terjadi perkara yang tak diingini.

✅ Kalau naik kereta, sebaiknya bagi anak duduk di carseat masing². Malang tak berbau kan? 

✅ Kalau anak kecil yang jenis merayap membuas sana sini, ikin cadangkan bawalah travel stroller yang kecik tu. Sewa pun boleh. Supaya kita dapat kawal dia. Kepala pun tak pening 😂 

Dia mengamuk & menangis dalam stroller? Anggap ajelah macam music 😅 lagi berbaloi daripada kita lepaskan dia & terdedah kepada bahaya lain. Especially bila kita takde stamina yang tinggi untuk sama² berlari sana sini 😅

✅ Kalau pergi mandi laut, sungai atau air terjun, make sure kita super alert dengan keadaan sekeliling. 

Faktor² seperti cuaca, tanda² kepala air, tanda² arus kuat & keadaan lantai sungai atau laut sangat crucial untuk memastikan keselamatan diri & family sentiasa aman.

Kita nak happy semasa & selepas bersuka ria. Nak cipta & bawa balik memori yang happy. Jadi faktor keselamatan sangatlah penting. 


KECEMASAN

Travel insurance jangan lupa especially bila kita travel ke luar negara. Banyak sangat kebaikkan kalau kita ambil travel insurance ni. 

Kecemasan lain semestinya bawalah segala ubat demam, termometer, alat sedut hingus, minyak angin, cold pack, first aid kit & apa sahaja yang kita rasa kena bawa..just in case of emergency. 

Sebab nak cari farmasi atau klinik di tempat yang kita tak kenal ni memang susah. Terutama sekali kalau kita ke kawasan luar bandar. Sedangkan yang dalam bandar pun payah nak cari, kan?

So lepas ni, kalau nak travel pastikan korang jangan abaikan 3K ni yaaa.. insyaaAllah percutian kita akan lebih bermakna & kita lebih puas hati sebab dapat accomplish mission untuk travel bersama family tanpa sebarang masalah yang timbul. 

Aa..gitewww. Kerana sesungguhnya travel dengan anak² ni bagaikan satu perjalanan untuk berperang. Kita akan rasa bangga bila dapat balik rumah dengan kejayaan 😂

Happy travelling ya'll! 

Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye! 

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#tipstravel

Comments