TIPS BEKERJA DARI RUMAH DENGAN EFEKTIF UNTUK WORK FROM HOME MOM

Suatu masa dahulu, bekerja dari rumah memang idaman kebanyakkan orang. 

✅Tak perlu kalut pagi² nak bersiap² & keluar rumah.
✅Tak perlu redah traffic jam.
✅Tak perlu berebut parking.
✅Tak perlu berebut nak masuk LRT.
✅Tak perlu hadap lautan manusia waktu peak hours
✅Tak perlu hadap drama sampingan office
✅Jimat minyak.
✅Jimat parking fees.
✅Jimat masa & tenaga!
✅Masih berbaju tidur pun boleh buat kerja 😄👍

Huihhh..banyakkk betul advantage work from home ni kan? Memang dream job lahh kalau dapat work from home nih!

Tiba²..Covid-19 melanda dunia. 90% penduduk dunia dipaksa bekerja dari rumah.

Mula-mula memang happy semuanya. Tapi.. lama kelamaan cabaran demi cabaran terungkap yang kita rasa lebih baik bekerja di office sebenarnya 😅

Walaupun begitu, ramai juga yang rasa sangat selesa bekerja dari rumah. Malah, ada yang terus decide untuk berhenti bekerja & buat bisnes sendiri dari rumah.

Kenapa ada 2 golongan yang berlainan ni? 

Jawapannya terletak kepada kecekapan seseorang dalam mengurus masa dan tugasannya. Tanpa pengurusan masa dan pembahagian tugas yang betul, semuanya akan ke lautan dalam sedalam Marinara Trench.

Ikin pun termasuklah dalam golongan yang terusss kekal berkerja dari rumah sejak Covid-19 melanda. Tapi, bukan sebab ikin suka sangat work from home ni. Tapi sebab nak jaga baby PKP 😂

Iye lah.. bila zaman covid ni, kita jadi extra risau & paranoid kalau hantar anak ke taska. Lagi² baby. Sebab confirm akan terdedah dengan baby² lain yang kita tak tahu tahap kesihatan family mereka macam mana. Dah la baby ni immune system mereka belum cukup matang lagi.

Fikir punya fikir, ikin decide untuk terus bekerja dari rumah sahaja.

Alhamdulillah bos sangat bertimbang rasa dan benarkan ikin bekerja dari rumah. Hanya bila ada masa yang ikin perlu hadir ke office atau site sahaja ikin akan keluar rumah.

Tentu sekali ikin ambil kesempatan ni untuk terus bergiat lebih aktif dalam bisnes Shaklee. 

Tapi, ini sebenarnya lebih menambahkan complexity dalam pecahan tugasan ikin dalam rumah. Jadi pembahagian masa & tugasan yang efektif sangatlah perlu.

Jom ikin share serba sedikit tips yang boleh korang amalkan untuk dapat menjalankan kerja dari rumah dengan tenang dan sistematik.
 

1. ADAKAN JADUAL 

Mesti ada masa yang khas dalam jadual untuk setiap task. Jangan dicampur-adukkan semuanya nak buat secara impromptu atau ikut keperluan. 

Kejap depan pc buat kerja, sekejap lagi masuk dapur nak masak. Tengah potong² sayur, baru teringat minyak, beras, telur habis. Kena pergi pasar pulak. Kalau tak masak, anak kelaparan nanti.

Bila semua task bercampur, akibatnya kita akan stress sebab susah nak fokus untuk siapkan kerja kita. 

Especially untuk yang bekerja sendiri. Kalau ada majikan, lain cerita. Kita akan paksa diri untuk asingkan kerja dan house chores. Mana tidaknya..kalau bos check nanti, matiiii 😵

Sebab tu pentingnya kita uruskan masa dengan betul dan disiplin dalam mengikuti jadual yang dah kita buat.

Buat jadual yang tetap untuk diri kita sendiri. Bangun pada waktu yang sama setiap hari, mandi, berpakaian macam kita akan pergi ke office dan tetapkan waktu bekerja yang jelas. Menjaga rutin ini akan membantu kita beralih ke mode kerja dan meningkatkan fokus.

Jadual juga penting supaya kita boleh tetapkan had masa. Jangan biarkan kerja mengambil alih hidup kita pula. Tetapkan had masa yang jelas antara waktu kerja dan waktu peribadi. Jangan takut untuk mengambil rehat yang mencukupi dan mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi.


2. PLAN B & C MESTI ADA

Walaupun ada jadual, sediakan plan B dan C juga kalau diperlukan kita anjak masa atau adjust timing.

Sebab bila berurusan dengan anak² dan kehidupan seharian, pasti akan ada kejadian yang diluar jangkaan. Seperti anak tantrum & takmau tidur macam biasa. Atau pun tiba² terpaksa join urgent meeting.

Plan B atau C sangatlah membantu bila timbul perkara² macam ni. Supaya kita dapat handle kehidupan personal & kerja dengan seimbang.


3. BAHAGIKAN KERJA

Walaupun kita ada di rumah, tak semestinya semuanya kita boleh buat sendiri. Kalau perlu delegate kerja, buatlah. Ia akan kurangkan keserabutan dalam kepala.

Contohnya untuk yang menjaga anak sambil bekerja. Perlu ada 1 orang lagi untuk back-up sekiranya kita terpaksa execute Plan B atau C. Sebab anak tu perlu dijaga oleh orang lain.

Contoh lagi satu ialah tugasan hantar dan ambil anak dari sekolah. Jujurnya, dulu ikin buat ni setiap hari. Keluar- masuk rumah 5-6 kali sehari. 

Walaupun sekolah dekat, tapi sangat energy draining. Dan fokus kita bukannya boleh terus switch begitu sahaja. Ia perlukan masa.

Jadi, sekarang ikin dah serahkan tugas hantar-ambil anak² dari sekolah kepada third party - van sekolah. 

100% lebih tenang perjalanan harian ikin dan ikin dapat fokus bekerja dengan lebih baik! 😃


4. MASA YANG FLEXIBLE - METHOD POMODORO 

Bila jaga anak, mereka perlukan perhatian kita. Macam mana kita nak beri perhatian kalau kita tengah bekerja? 

This goes both ways. Kerja juga perlukan perhatian kita. Macam mana nak fokus bekerja kalau kita kena jaga anak?

Now, this part is a bit tricky. Sebab kita berbelah bahagi macam mana nak gunakan masa kita tu. 

Ramai juga yang bekerja daripada handphone. Sambil menghadap handphone, sambil duduk sebelah 'jaga' anak. Anak pun main handphone juga 😅

Now, ikin nak tanya - korang ingat tak apa sebenarnya yang terisi time tu? atau pun semuanya berlalu macam angin je. Apa yang anak buat pun kita tak ingat. Kerja siap, tapi anak terabai secara emotional. Sebab hanya fizikal kita aje yang ada. Bukan perhatian kita.

So in the end, tau-tau aje dah nak masuk sekolah rendah. 

Apa memory yang kita ada masa kita jaga dia? Setiap hari ada dengan kita, tapi memory tu takde. Pelik kan?

Pada ikin, sebaiknya bila bekerja tu kita minta bantuan orang lain untuk layankan anak tu sekejap. Untuk 2-3 jam. Kita fokus gila² pada kerja.

Tapi kalau tak boleh, kita boleh gunakan method pomodoro. Iaitu masa kita dibahagikan kepada blok² 25 minit dan 5 minit. 

25 minit kerja
5 minit rehat (atau layan anak)

Dengan cara ni, kita boleh fokus bekerja tapi pada masa yang sama, kita boleh bersama² dalam perkembangan anak kita.
Tak lama pun sebenarnya nak layan anak² ni. Cuma perlukan fokus sahaja.

Sebab tu pentingnya untuk kita bahagikan masa supaya masa kita dapat digunakan masa dengan efisyen. Waktu bekerja kita kerja. Waktu jaga anak, kita jaga anak.


5. PERSEDIAAN FIZIKAL & MENTAL

Selain daripada menjaga masa, persediaan dari segi mental dan fizikal juga penting.

Bekerja dalam baju tidur ialah a big NO. Sebab secara fizikalnya kita belum ready untuk bekerja. Ini akan menjejaskan mindset kita. 

Sentiasa make it a point untuk bangun awal dan bersiap² sama macam kita nak keluar pergi office. Supaya kita boleh rasa aura untuk bekerja tu. Bukan aura untuk sambung tidur!


6. TEMPAT SPESIFIK UNTUK BEKERJA

Ramai yang tak ada workstation khas di rumah. Sekejap atas katil, sekejap atas lantai, sekejap di ruang tamu. Berpindah-randah lokasi kerja kita.

Memanglah flexible. Tapi workstation khas untuk bekerja itu penting juga. Supaya segala peralatan bantuan bekerja kita disusun rapi pada satu tempat dan mudah untuk kita fokus.

Lagi menyulitkan keadaan kalau kita suka bekerja atas katil dan tak disiplin menjaga masa. Sudahnya, lebih banyak tidur daripada bekerja 😅

Jadi, pilihlah satu tempat yang selesa dan bebas dari gangguan di rumah sebagai ruang kerja kita. Pastikan ada meja, kerusi, dan peralatan yang diperlukan untuk bekerja dengan berkesan. 

Internet connection juga sangat penting at least di kawasan kita bekerja. Sebab selalunya bila bekerja dari rumah ni akan menggunakan banyak perkara online.

Pastikan juga ada cahaya yang mencukupi dan persekitaran yang tenang untuk meningkatkan tumpuan. Bilik yang malap lagi gelap hanya untuk kita tidur sahaja. Ingat tu..☝️


7. KURANGKAN GANGGUAN LAIN

Gangguan akan datang dalam banyak bentuk. Jadi kita kena bijak untuk menghalang atau sekurang-kurangnya mengurangkan gangguan-gangguan ni daripada mengganggu fokus kita. 

Gangguan yang tentu sekali boleh cut terus ialah disiplin diri kita sendiri daripada empty scrolling di social media & sikit² nak check whatsapp new messages. Kalau susah sangat, letak aje handphone tu dalam almari. Kalau orang call baru kita ambil dia 😄

Gangguan yang melibatkan ahli keluarga lain pun boleh mengganggu. Jadi communicate dengan baik supaya mereka tak ganggu ketika waktu bekerja kita.


8. BUAT PRIORITY LIST

Kerja yang terlalu banyak memang boleh buat otak kita jemmed & stress. Lagi² bila jemmed di rumah, apa lagi..makan & tidurlah jawabnya! 😂

Untuk elak daripada stress begini, buatlah senarai tugasan yang perlu diselesaikan setiap hari. Beri keutamaan kepada tugasan yang paling penting dan fokuslah pada tugasan-tugasan tersebut untuk meningkatkan produktiviti kita.


9. KEKAL BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG LUAR

Bila kita bekerja dari rumah ni, kita akan terasa macam bekerja sorang². Ini boleh mengakibatkan kita rasa bosan, sunyi & rasa terasing dari dunia luar. Ini boleh mengganggu kesihatan mental & emosi kita.

Jadi jangan putuskan komunikasi kita dengan orang lain. Whatsapp, call, video call, email, zoom, google meet. Gunakan medium² ni untuk kita panjangkan jangkauan kita walaupun fizikal kita masih di rumah. Aaa....zaman dah canggih gituww.


10. BERSENAM & BEREHAT

Penting sangat untuk kita kekal sihat & happy semasa bekerja dari rumah. 

Ambil rehat sekejap untuk berjalan-jalan atau buat senaman fizikal ringan untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan kita. 

Tengok TV, baca buku & bermain dengan anak² sekejap. Enjoy the time! Baru rasa segar & rejoiced semula! 😃


11. JAGA PEMAKANAN

Pemakanan yang baik akan mempengaruhi segala aktiviti kita. Termasuklah ketika kita bekerja dari rumah. Make sure kita makan makanan yang berkhasiat & penuh zat. 

Jangan ambil mudah makan mee segera sahaja tauu.. Kita sakit, kita juga yang merana.


12. AMBIL SUPPLEMENT!

Last but not least, untuk elak daripada tidur sebab dah lemau, ambillah supplement macam Cinch Tea Mix - fav ikin ni! 😄 Minum satu sachet aje lepas lunch (selalu lepas lunch la kita mula lemau kan?). Lepas minum Cinch Tea Mix tu, mata terbuntang sampai ke malam bak hanggg! Memang powerrr 💪

Semoga semua tips yang ikin share ni dapat bantu korang berkerja dari rumah dengan lebih berkesan lepas ni. Selamat mencuba! 😃

Kalau nak order Cinch Tea Mix, boleh order dekat ikin sekarang. Klik aje link sini.


Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye! 

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#bekerjadarirumah
#tipsbekerjadarirumah
#workfromhome
#wfhm
#tipswfh

Comments