Tips JANGAN BUAT Ketika Menjalankan Bisnes Online
Dalam keadaan kehidupan sekarang, dah tak cukup kalau kita bergantung hanya pada 1 jenis pendapatan. Lagi² kalau kita dah berkeluarga & hidup di bandar² besar macam Kuala Lumpur.
Dengan kos hidup yang semakin tinggi, ada yang terpaksa ambil 3 jenis pekerjaan berbeza dalam satu masa, hanya untuk dapatkan kehidupan yang selesa.
Ikin pun termasuklah antara mereka yang melakukan 2 jenis kerja untuk mendapat income yang lebih dan ikin pilih untuk menjalankan bisnes secara online supaya tak mengganggu waktu bekerja ikin pada waktu siang.
Masuk tahun 2023 ni, dah 6 tahun sebenarnya ikin berniaga secara online. 6 tahun yang penuh dengan pengajaran baik dan buruk. Banyak yang ikin dapat belajar daripada pengalaman² lepas.
Semestinya ikin masih lagi belajar. Ikin bukannya bisnes guru atau apa². Tapi ikin akan cerita berdasarkan pengalaman yang ikin dah lalui.
So instead of ikin cerita pasal tips untuk berbisnes secara online, ikin akan cerita tips² yang perlu dielakkan daripada kita buat ketika berbisnes online. Harap dapat membantu sahabat² ikin untuk lebih berjaya dalam cabang bisnes alaf baru ni insyaaAllah 💞
8 TIPS JANGAN BUAT KETIKA BERBISNES ONLINE
1. TAK ADA BUSINESS PLAN YANG JELAS
Semua benda yang kita lakukan mesti ada plan yang jelas, lagi² jika kita buat bisnes yang penuh dengan perangkaan & rancangan supaya bisnes akan berjalan dengan efektif.
- tujuan bisnes
- target market siapa
- short term goal
- long term goal
- marketing strategy
- competitors analysis
- langkah² perlaksanaan
Semua ni perlu kita fikirkan & laksanakan tanpa meninggalkan 1 perkara pun. Sebab tanpa plan yang jelas, kita ibarat berjalan dalam gelap.
Kita tak nampak arah tuju. Kita tak nampak cabaran / bahaya yang ada di hadapan. Kita tak nampak apa yang berlaku di sekeliling kita dan apa yang perlu kita lakukan untuk bertindak.
2. MENGABAIKAN MARKET ANALYSIS
Market analysis ni yang menentukan samada produk kita orang nak atau tak.
Diperlukan atau tak.
Kalau ya, siapa yang perlukan?
Macam mana kita nak tarik perhatian mereka kepada produk kita ni?
Siapa pula persaing yang menjual produk dalam kategori yang sama?
Apa beza mereka dengan kita?
Melalui analisis² ni, barulah kita dapat jalankan perniagaan yang tepat pada sasaran & meningkatkan kepuasan pelanggan dan bersaing secara kompetitif.
3. TAK OPTIMIZE VIRTUAL PRESENCE SECARA MELUAS
Lagi banyak platform orang nampak kita, lagi cepat orang akan ingat kita. Bila dah kenal, kita akan dapat trust. Bila dapat trust yang banyak, baru dapat sale yang banyak.
Ramai yang silap untuk hanya fokus pada 1 jenis platform sahaja. Tak dinafikan, memang penat untuk uruskan banyak platform. Tapi itulah yang perlu dilakukan kalau kita nak grow bigger.
Tapi, kalau baru bermula, ikin suggest untuk bagi peluang diri kita belajar satu per satu. Bila dah bersedia untuk grow, kita upagrade lagi ilmu untuk belajar sebarkan dia platform lain pula.
4. MENGABAIKAN MASALAH PELANGGAN
Kebolehan kita menangani masalah pelanggan dengan segera sangat memberi impak kepada bisnes kita. Ini akan memperkuat kepercayaan pelanggan terhadap kebolehan kita untuk bantu mereka serta meningkatkan loyalti mereka terhadap kita.
Afterall, bisnes wujud disebabkan ada masalah yang perlu diselesaikan. Betul tak?
5. MENGABAIKAN TERTIB BERBICARA SECARA ONLINE
Pendek kata, jagalah adab kita sentiasa. Lagi² dalam berbalas whatsapp. Sebab orang tak nampak mimik muka kita, orang tak boleh 'dengar' intonasi suara kita dalam perkataan. Orang boleh interprate berlainan dengan apa yang kita maksudkan.
- elak jawab sepatah-sepatah walaupun kita dalam keadaan nak cepat. Orang boleh sangka kita macam kurang adab.
- elak menjawab dalam huruf CAPS. Tertib dalam menulis, penggunan semua huruf dalam CAPS menunjukkan kita sedang marah atau menjerit.
6. JAGA EMOSI DI MEDIA SOSIAL
Tak dinafikan, perniagaan ialah satu cabang yang banyak melibatkan emosi. Tapi sebaiknya bila kita beremosi negatif, janganlah ditunjukkan di media sosial. Emosi yang negatif akan memberi impak negatif kepada bisnes kita.
- jangan maki hamun customer yang tak berapa baik di status atau wall media sosial. Tak kisah pada acc. personal atau pun bisnes. Sebab ini hanya akan menunjukkan sisi gelap kita kepada umum.
- jangan marah² & kutuk orang, keadaan atau perkara yanh berlaku di platform bisnes mahupun acc. personal kita.
- jangan kaitkan bisnes kita dengan mana² parti politik
7. MEMBERI MAKLUMAT PALSU ATAU OVERCLAIM
Integriti adalah aspek penting dalam bisnes. Jangan disebabkan nak untung yang berganda dengan cepat, kita beri maklumat palsu atau overclaim produk kita kepada pelanggan. Pastikan kita beri maklumat yang jujur dan tepat mengenai produk atau perkhidmatan kita.
8. TERLALU CEPAT BERPUTUS ASA:
Bisnes online memerlukan ketekunan dan kesabaran. Jangan menyerah dengan mudah jika menghadapi cabaran. Belajarlah dari kesilapan, adapt dengan perubahan, belajar ilmu baru untuk upgrade diri dan terus berusaha tanpa henti untuk mencapai kejayaan bisnes kita.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika kita berniaga secara online. Tapi ini antara perkara utama yang sangat kritikal untuk kita sama² hayati.
Dengan mengelakkan kesalahan-kesalahan ini, insyaaAllah dapat meningkatkan peluang kejayaan dalam bisnis online kita dan membina reputasi yang baik di dunia maya.
Kalau nak buat bisnes Shaklee sama² dengan ikin, boleh klik aje link sini. Terus register sebagai ahli, modal RM35 sahaja seumur hidup. Lepas tu boleh terusss buat bisnes Shaklee. Online boleh, offline pun boleh. Nak buat dua² pun boleh! Pilih aja mana yanh sesuai dengan lifestyle kita.
Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye!
Stay safe, stay healthy.
❤️,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#onlinebisnes
#tipsonlinebisnes
#tipselakbuatdalamonlinebisnes
Comments
Post a Comment