VITAMIN E - Bukan Sekadar Untuk Kecantikan Kulit

Orang selalu kaitkan Vitamin E dengan kulit. Kebanyakkannya ialah dengan tujuan untuk mendapatkan kulit yang cantiklah. Sampai ada yang anggap Vitamin E tidak penting pun untuk diambil secara konsisten. Sebab untuk cantik aje pun.. so bukan keperluan.

Tapi tahukah anda, Vitamin E ada fungsi untuk kesihatan seharian yang jauhhh lebih hebat daripada hanya untuk mencantikkan kulit?


πŸ›‘️Tinggi Antioksidan: 

A.C.E - Ini adalah antara vitamin² yang tinggi kandungan antioksidan. Antioksidan mampu melindungi sel-sel, tisu dan organ daripada kerosakan akibat radikal bebas. 

Oleh sebab itu, pengambilan Vitamin E secara konsisten boleh membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik. Antioksidan juga ialah antara komponen utama yang membantu melambatkan penuaan. 


πŸ’ͺ Sistem Imun

Selain Vitamin C, Vitamin E juga sangat baik dalam meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan dan penyakit. 

Ini kerana Vitamin E membantu dalam meningkatkan aktiviti sel imun seperti limfosit, yang berfungsi untuk mengenali dan memusnahkan patogen (organisme penyebab penyakit) seperti bakteria dan virus.  


πŸ’†‍♀️ Kesihatan Kulit:

Membantu pemulihan dan penyembuhan kulit yang rosak, melembapkan kulit, dan mengurangkan kemerahan akibat keradangan. 

Vitamin E mempunyai sifat anti-radang, yang membantu meredakan keradangan dalam tubuh. Keradangan yang terkawal dapat membantu mengurangkan stres pada sistem imun dan memastikan ia berfungsi dengan lebih efisyen.


❤️ Kesihatan Jantung: 

Vitamin E membantu mengurangkan oksidasi kolesterol LDL ("kolesterol jahat") dalam aliran darah. 

Kolesterol LDL yang teroksidasi dapat menyebabkan pengumpulan plak lemak di dinding arteri yang boleh menyebabkan penyakit arteri koronari.

Vitamin E turut membantu meningkatkan aliran darah dalam tubuh dengan mengembangkan pembuluh darah. Ini membantu memastikan darah yang mencukupi ke seluruh tubuh, termasuk jantung.

Oleh sebab itu, pengambilan vitamin E yang mencukupi telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan strok.


πŸ‘€ Kesihatan Mata: 

Siapa kata hanya Vitamin A sahaja yang boleh menjaga kesihatan mata? Vitamin E juga boleh berfungsi dalam melindungi mata daripada kerosakan oksidatif dan mengurangkan risiko masalah mata.

Ini kerana, mata terdedah kepada radikal bebas akibat pendedahan kepada cahaya matahari dan elemen luaran lain. Kerosakan oksidatif dapat menyebabkan penuaan pada mata dan risiko masalah mata seperti katarak dan kualiti fokus penglihatan.

Sifat kelembapan pada Vitamin E pula dapat membantu menjaga keseimbangan kelembapan pada mata dengan menyokong kesihatan kelenjar air mata.


πŸ‘©‍❤️‍πŸ’‹‍πŸ‘¨ Peningkatan Kesuburan: 

Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan kualiti sperma lelaki, termasuk meningkatkan kelajuan dan morfologi (bentuk sel) sperma yang sihat dan kuat. 

Sperma yang sihat, kuat dan laju dapat meningkatkan peluang sperma mencapai dan bersenyawa dengan sel telur dengan lebih berkesan.

Selain untuk meningkatkan kesihatan sperma, Vitamin E juga membantu menyokong fungsi hormon dalam tubuh. Hormon yang seimbang adalah penting untuk proses ovulasi pada wanita dan produksi sperma yang normal pada lelaki.

Untuk yang selalu ada masalah keguguran, sangat bagus untuk mengambil supplement tambahan Vitamin E kerana ia dapat meningkatkan kualiti lapisan rahim (endometrial), yang dapat meningkatkan kemungkinan kejayaan pelekatan embrio yang lebih tinggi.


🩹Penyembuhan Luka:  

Vitamin E membantu dalam proses pemulihan dan penyembuhan tisu tubuh.

Tentu kita tak sangka Vitamin E mainkan peranan dalam proses penyembuhan luka kan? 

Selain daripada memastikan sel-sel imun yang sihat dan berfungsi dengan baik untuk proses penyembuhan yang cepat dan efektif selepas jangkitan atau luka,
Vitamin E bantu dalam pembentukkan sel darah merah & bantu tubuh menggunakan Vitamin K.

Vitamin K lah yang berfungsi untuk percepatkan proses pengeringan luka. Tapi tanpa Vitamin E, Vitamin K bagaikan dihalang daripada menjalankan tugasnya. Vitamin E lah kuncinya!

Jangan ingat semua vitamin boleh berfungsi sendiri ya.. mereka juga perlukan vitamin lain untuk bantu digunakan atau diserap oleh badan.  


πŸ₯‘πŸ«˜Sumber Vitamin EπŸ₯¬πŸ₯¦

Sumber utama vitamin E termasuklah biji-bijian, kacang-kacangan, minyak sayuran dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Tapi nak lebih mudah, ambil sahaja supplement semulajadi dan organik Vitamin E Shaklee. Dijamin selamat & efektif πŸ‘


Kesimpulan

Peranan Vitamin E sangat penting untuk kesihatan menyeluruh. Jadi, janganlah pandang ringan keperluannya dalam diet seharian kita. Amalkan setiap hari supaya fungsi badan kita sentiasa optimum. Cari daripada sumber fresh atau pun daripada supplement organik macam Shaklee supaya kita dapat Vitamin E yang berkualiti tinggi πŸ‘


Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye! 

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#vitaminE
#kebaikkanvitaminE

----

Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja.
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

Follow & Like Facebook : Nur Ashikin
Follow Instagram personal : Shikin_Shams

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 




Comments