CoQ10: Kunci untuk Tahap Kolesterol Sihat



Kolesterol tinggi merupakan salah satu pembunuh senyap yang utama di Malaysia. Kerana kolesterol tinggi tidak ada simptom permulaan yang jelas macam darah tinggi atau kencing manis. Tidak ada tanda kencing terlalu kerap, terlampau haus atau sakit kepala. 


Kolesterol hanya bertambah dan bertambah dalam senyap dalam pembuluh darah kita. Tahu-tahu sahaja, dah ditahap yang serius - iaitu dah mengganggu fungsi jantung.  


Awas! Masalah kolesterol tinggi juga tak terhad kepada orang berbadan besar. Yang kurus juga boleh mendapat masalah kolesterol tinggi.


Kalau dulu, masalah kolesterol ini hanya berlaku dikalangan orang tua sebab kolesterol juga ambil masa yang lama untuk berkumpul untuk ia mampu menjadi satu ancaman kepada kesihatan kita. 


Tetapi, disebabkan sekarang ni makin banyak makanan 'fast food' dan makanan viral yang tidak sihat dipasaran, statistik masalah kolesterol tinggi juga makin meningkat, khasnya dikalangan orang muda. Ini kerana golongan inilah yang sering tergoda dengan makanan viral tersebut. Sebab tu semakin ramai mereka yang berumur 30an pun sudah ada masalah sakit jantung.


                 Mengikut statistik, hampir separuh atau 4 dari 10 orang                          dewasa di Malaysia mempunyaimasalah kolesterol tinggi.                        Namun, 30-40% daripada mereka tidak mengetahui                                bahawa mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi. 

       

                Tahukah anda, 45% pengidap  kolesterol tinggi adalah                                wanita manakala lelaki hanya 32% sahaja?



Seramkan?

Macam mana nak atasi masala ni dan macam mana nak elak daripada berlaku kepada kita? 


Jom kita kaji mengapa kolesterol tinggi adalah satu isu kesihatan dan bagaimana CoQ10 boleh membantu, serta langkah praktikal untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dan mengelakkan kolesterol tinggi.


Ikin pernah melalui pengalaman kolesterol tinggi ni dan salah satu yang ikin amalkan ialah pengambilan CoQ Trol Plus. Iaitu supplement CoQ10 keluaran Shaklee. Alhamdulillah sangat berkesan & cepat turun bacaan kolesterol ikin. Ada masa lebih, nanti ikin cerita pengalaman tu ya.. memang tak boleh dilupakan!


Kolesterol Tinggi: Lebih Daripada Apa yang Kita Nampak

Pertama sekali, apakah kolesterol? Kolesterol ialah bahan yang mempunyai tekstur melekit daripada lemak yang terdapat dalam darah kita, dan ia penting untuk membina sel-sel yang sihat. Tetapi apabila tahap kolesterol semakin tinggi, ia boleh membawa masalah. 


Fikirkan ini: terlalu banyak kolesterol dalam darah anda ibarat kesesakan lalu lintas dalam arteri anda. Dalam jangka masa panjang, sumbatan ini boleh menghalang aliran darah, meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan masalah kardiovaskular lain. Menakutkan, bukan?





Sahabat Kolesterol: Coenzime Q10

Selalunya bila masalah kolesterol, orang akan syor ambil Omega 3 untuk mengawalnya. Tapi  jarang sekali kita dengar tentang CoQ10 kan?  Sebenarnya fungsi Coenzime Q10 atau nama pendeknya, CoQ10 dalam kesihatan jantung & mengawal kadar kolesterol dalam darah adalah sangat signifikan. Malah, setanding dengan kehebatan Omega 3!


CoQ10 ialah antioksida semulajadi yang terdapat dalam sel-sel kita, terutamanya dalam mitokondria. Menariknya, badan kita boleh menghasilkan CoQ10 sendiri. Tapi malang sekali, penghasilan CoQ10 semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia seseorang. Makin berusia, makin kurang badan kita menghasilkan CoQ10.


Anggaplah CoQ10 sebagai wira yang bekerja di belakang tabir, yang orang tak nampak kerjanya. Tau-tau sahaja dah settle. CoQ10 bukanlah 'sahabat' kolesterol sangat. Lebih kepada janitor yang sentiasa mahukan kebersihan yang tiptop. Sebab kolesterol yang berlebihan akan jadi 'sampah' yang akan menyempitkan kawasan laluan darah. Tapi, 'janitor' ni ada kepakaran lain juga tauuu.. Jom kita tengok satu persatu.


Fungsi CoQ10 untuk mengawal kadar Kolesterol


1. Pertahanan Antioksida:

CoQ10 bertindak sebagai antioksidan kuat untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam tubuh kita. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel dan menyumbang kepada oksidasi kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) - biasanya dikenali sebagai kolesterol "jahat".

Apabila kolesterol LDL teroksida, ia lebih cenderung untuk melekat pada dinding salur darah dan membentuk plak. Pengumpulan plak yang berlebihan berpotensi untuk menyebabkan aterosklerosis (salur darah tersumbat) dan masalah kardiovaskular lain.


2. Penghalang Oksidasi LDL:

CoQ10 menghalang oksidasi kolesterol LDL. Dengan mencegah kolesterol LDL daripada teroksida, CoQ10 membantu mengekalkan zarah LDL, sekaligus mengurangkan potensi mereka untuk menyumbang kepada pembentukan plak. Kesan perlindungan ini membantu menjaga arteri bersih dan mengekalkan aliran darah yang optimum.


3. Meningkatkan Fungsi Endothelium:

Endothelium ialah lapisan nipis pada dinding salur darah dan jantung. Fungsinya ialah untuk mengawal pengecutan dan pengembangan salur darah, kawal pembekuan darah, bantu sistem imun dan platlet.

CoQ10 telah terbukti mampu meningkatkan fungsi endothelium dalam membantu saluran darah mengecut dan mengembang dengan betul. Apabila saluran darah mengembang, ia menggalakkan aliran darah yang lebih lancar dan mengurangkan risiko penyumbatan arteri.


4. Meningkatkan Kolesterol HDL:

Kolesterol HDL (High-density lipoprotein) sering dirujuk sebagai kolesterol "baik". Ini kerana HDL membantu mengeluarkan kolesterol LDL berlebihan daripada aliran darah dan membawanya ke hati untuk dibuang. Kemampuan CoQ10 untuk meningkatkan kuantiti kolesterol HDL akan menyokong pengekalan nisbah kolesterol yang sihat dalam sistem tubuh kita.



5. Pengawalan Pengeluaran Gen:

Kajian mendapati CoQ10 dapat mempengaruhi pengeluaran gen yang boleh mengawal pengeluaran, penggunaan dan pengelolaan kolesterol dalam tubuh badan. Jadi, secara tak langsung CoQ10 membantu mengawal penghasilan enzim yang terlibat dalam sintesis dan penguraian kolesterol, menyumbang kepada tahap kolesterol yang seimbang.


6. Peningkatan Fungsi Mitokondria:

Mitokondria ialah kilang tenaga bagi setiap sel. Ia seperti charger bateri untuk sel-sel kita. Mitokondria memastikan setiap sel mempunyai kuasa yang diperlukan untuk melakukan segala-galanya dari menggerakkan otot kita hingga sekadar bernafas pun mitokondria lah penggerak utamanya.

Sebagai komponen yang penting dalam mitokondria, CoQ10 memastikan fungsi mitokondria pada tahap yang optimum. Fungsi mitokondria yang sihat adalah penting untuk penghasilan tenaga di peringkat selular dan proses metabolik keseluruhan. Oleh itu, secara tak langsung ia turut mempengaruhi pengawalan kolesterol.


7. Potensi Pengawalan Tekanan Darah:

Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi. CoQ10 dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan meningkatkan pembesaran saluran darah dan mengurangkan tekanan oksidatif. Kedua-duanya dapat menyumbang kepada kawalan kolesterol yang lebih baik.



Mengawal Kolesterol: Langkah-Langkah Praktikal

Bagaimana untuk menjaga tahap kolesterol anda dalam lingkungan yang selamat?

  1. Diet Sihat: Penuhi pinggan anda dengan pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein yang lebih sihat seperti ikan berlemak (salmon, siapa suka?)  Kurangkan pengambilan lemak tepu dan trans, yang terdapat dalam makanan goreng dan makanan diproses. Pengamalan oats setiap hari juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 

                                                          

 
                                                                      


    2.    Protein Soya : Amalkan pengambilan protein soya kerana kajian membuktikan                         protein soya mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Ikin                         sarankan untuk anda pilih protein soya non-GMO seperti ESP Shaklee untuk dapatkan             protein soya yang paling berkualiti tinggi lagi menyihatkan.





    3.    Aktif Bergerak: Bersenam! Target sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal                        sederhana setiap minggu. Hanya 22 minit sehari sahaja. Jalan kaki pantas, berenang,                menari, - apa sahaja! carilah apa-apa aktiviti yang and suka yang boleh membantu anda             bergerak dengan happy!





    4.    Berhenti Merokok: Jangan merokok langsung adalah yang terbaik. Tapi kalau dah                terjebak, berhentilah. Berhenti merokok bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan                jantung anda, malah membantu mengawal tahap kolesterol yang lebih sihat.





    5.    Check-up : Periksa kolesterol secara berkala adalah senjata rahsia anda. Doktor anda             boleh membimbing anda dalam penyesuaian gaya hidup atau ubat-ubatan jika                            diperlukan.




    6.     Kawal Stres: Stress boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Amalkan                    teknik penenangan seperti meditasi, yoga atau pernafasan mendalam. Secara spiritual,              fokus untuk tenangkan diri dengan melakukan amal ibadah.




     7.     Ambil Supplement Tambahan: Makanan dalam diet seharian memang takkan                     boleh menepati keperluan badan kita. Sebab tu sangat perlu untuk kita masukkan                     amalan pemakanan supplement tambahan seperti Omega 3, CoQ10 dan protein shake              setiap hari. 

            Ikin cadangkan untuk ambil supplement CoQ10 daripada CoQ Trol Plus Shaklee dan                Omega 3 daripada Omega Guard Shaklee yang telah diiktiraf dunia tentang                                    keberkesanan  dan keselamatannya. 








Kesimpulan: Penjaga Kolesterol Anda

CoQ10 adalah sahabat setia dalam perjuangan menentang kolesterol tinggi. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, anda bukan dapat menjaga tahap kolesterol yang sihat - malah menjaga kesejahteraan keseluruhan anda. Jom, kita usaha untuk dapatkan kesihatan jantung dan kadar kolesterol yang sihat dengan sentuhan ajaib CoQ Trol Plus Shaklee!


Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye! 

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#CoQ10
#kolesteroltinggi
#CoqTrolPlus
#sakitjantung

----

Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja.
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

Follow & Like Facebook : Nur Ashikin
Follow Instagram personal : Shikin_Shams

----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments