Keperluan Utama Wanita Mengandung Dari Segi Pemakanan dan Nutrisi
Bila kita sentuh isu tentang perjalanan kehamilan, tak dapat dinafikan betapa pentingnya pemakanan dan nutrisi yang tepat bagi seorang wanita yang sedang mengandung.
Memahami keperluan utama pemakanan wanita mengandung adalah langkah penting menuju kesejahteraan ibu dan perkembangan si bayi yang sempurna.
Jadi pada entry kali ini, sebagai SID Shaklee yang berilmu tentang nutrisi dan juga daripada pengalaman ikin 4 kali mengandungkan anak, ikin akan menerangkan kepada anda panduan komprehensif mengenai pemakanan yang sebaiknya untuk wanita mengandung.
Kehamilan dan Nutrisi
1. Kekalkan Keseimbangan Makanan Seimbang:
Walaupun terdapat pandangan bahawa wanita mengandung memerlukan lebih banyak kalori, keseimbangan pemakanan tetap penting.
Pemakanan seimbang menentukan jumlah nutrisi yang seseorang ibu & bayi dalam kandungannya akan peroleh. Bukannya jumlah kalori.
Pelbagai makro nutrient dan mikro nutrient termasuk karbohidrat, protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral adalah asas untuk pertumbuhan bayi yang sempurna dan menjaga kesihatan ibu secara keseluruhan.
Pemakanan yang seimbang juga dapat memastikan ibu bebas daripada GDM atau kencing manis ketika mengandung - salah satu red flag ketika mengandung yang kebanyakkan ibu akan elak.
Ini kerana GDM boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak serta akan menaikkan risiko ketika bersalin nanti.
2. Kepentingan Asid Folik:
Asid folik memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sel-sel bayi yang sihat dan pencegahan cacat tabung saraf yang terdapat pada tulang belakang bayi.
Pastikan pengambilan asid folik yang mencukupi dengan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B ini, terutama sekali di awal kehamilan. Kerana ketika itulah pembentukan saraf bayi akan berlaku.
3. Kalsium dan Vitamin D:
Kalsium dan vitamin D diperlukan untuk perkembangan tulang dan gigi si bayi. Produk tenusu rendah lemak, sayur-sayuran hijau gelap, dan makanan yang diperkaya dengan kalsium adalah pilihan yang baik.
Ibu yang kurang pengambilan kalsium & vitamin D akan cenderung mengalami masalah kekejangan otot atau tarik mengkarung yang teruk.
Ibu yang kekurangan pengambilan kalsium ketika mengandung juga akan mendapati ketumpatan tulangnya sendiri akan berkurangan. Ini kerana bayi akan menyedut kalsium daripada badan ibu supaya tulangnya dapat terbentuk dengan baik. Ini boleh merisikokan ibu untuk mengalami sakit gigi dan lagi teruk, osteoporosis.
Jadi untuk ibu-ibu yang tak boleh minum susu atau sukar untuk melengkapkan nutrisi kalsium & vitamin D ini, ikin cadangkan untuk ambil supplement tambahan.
Percayalah, sangat menyakitkan bila tarik mengkarung terjadi. Bukan waktu tidur malam sahaja ya.. tetapi pada bila-bila masa!
Sakit gigi dan osteoporosis tak perlu dikatakan lagi. Sudah tentu semua orang akan elak diri daripada mengahadapi masalah sebegitu.
4. Zat Besi:
Zat besi penting untuk mencegah anemia- masalah yang sering berlaku semasa kehamilan. Atau lebih dikenali sebagai Hb low.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keletihan, pening, loya dan masalah-masalah kesihatan lain.
Ini kerana jumlah darah ibu ketika hamil akan meningkat kerana badan ibu dalam proses 'menghasilkan' satu lagi manusia.
Tetapi jika zat besi tak mencukupi dalam diet harian ibu, sudah tentu keupayaan setiap sel darah itu tak cukup untuk menjalankan tugas yang sepatutnya.
Ikin beri perumpamaan seperti aktiviti membasuh baju. Bila baju yang hendak dibasuh itu banyak, sudah tentu air akan ditambah dengan lebih banyak. Tetapi, baju tidak akan bersih dengan sempurna tanpa kuantiti sabun yang mencukupi!
Haaa..nampak tak kepentingan zat besi bila ikin dah terangkan dalam perumpamaan sebegitu?
Sebab tu, sangat penting setiap kali check-up, doktor & misi akan ambil sample darah ibu untuk mereka lihat kualiti darah ibu. Darah ibu yang berkualiti akan menentukan kesejahteraan ibu dan anak dalam kandungan.
Makanan yang kaya dengam zat besi termasuklah daging merah, bijirin berserat tinggi, dan kacang-kacangan.
Malangnya, doktor sendiri mengakui diet harian tak dapat memberi supply zat besi yang mencukupi kepada ibu mengandung. Oleh sebab itu, mereka akan mengesyorkan untuk ibu-ibu mengambil supplement tambahan seperti obimin.
Makanan yang Perlu Dihindari
1. Makanan Mentah dan Tidak Dimasak Sempurna:
Makanan seperti daging mentah, telur mentah, dan ikan mentah dan yang tidak dimasak dengan sempurna perlu dielakkan kerana risiko jangkitan bakteria dan parasit boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.
Jadi ibu-ibu mengandung disarankan untuk elak daripada makan sashimi, telur separuh masak, steak yang tidak dimasak sehingga 'well done', serta sayuran mentah yang tidak diyakini kebersihannya.
2. Makanan Tinggi Merkuri:
Merkuri ialah logam yang sangat bahaya. Bukan sahaja kepada ibu mengandung, tetapi juga kepada semua orang amnya.
Tetapi, ia lebih bahaya kepada ibu-ibu mengandung kerana merkuri boleh membahayakan perkembangan sistem saraf bayi dalam kandungan.
Ikan-ikan bersaiz besar selalunya akan mengandungi merkuri yang tinggi. Seperti ikan tuna, ikan yu dan marlin.
3. Makanan Fast Food dan Tinggi Gula:
Mengambil terlalu banyak makanan fast food dan tinggi gula boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang tidak sihat dan merisikokan terjadinya masalah kesihatan lain.
Obesiti, GDM, tekanan darah tinggi dan kanser ialah antara risiko penyakit yang boleh terjadi akibat pengambilan makanan fast food dan tinggi gula yang terlampau banyak.
Minuman yang Penting
1. Air Masak:
Pastikan ibu mengandung mendapat hidrasi yang mencukupi sepanjang kehamilan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk membantu pengangkutan nutrisi dan sisa metabolisme.
2. Jus Buah-buahan Segar:
Jus buah-buahan segar adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, tetapi pastikan jumlah pengambilan dikawal kerana ia mengandungi gula semulajadi.
Rencana Pemakanan Harian yang Disyorkan
1. Sarapan:
Sarapan yang kaya dengan serat seperti bijirin berserat tinggi dan buah-buahan segar adalah cara yang baik untuk memulakan hari.
2. Makan Tengah Hari:
Pastikan apabila makan tengahari, ibu-ibu sediakan sumber protein yang baik seperti daging tanpa lemak, ayam, atau kacang-kacangan dalam setiap hidangan. Sayuran juga jangan dilupakan, supaya bekalan vitamin dan mineral sentiasa mencukupi setiap hari. Amalkan pemakanan suku-suku-separuh pada setiap meal.
3. Makan Malam:
Suku-suku-separuh masih lagi diteruskan pada makan malam. Amalkan makan malam yang seimbang dengan porsi sayur-sayuran hijau, protein, dan karbohidrat.
Cuma ketika waktu malam, elakkan pengambilan karbohidrat yang banyak serta kurangkan protein berlemak. Utamakan protein daripada sumber tumbuhan jika nak lebih selamat. Seperti soya, tofu dan tempeh
Keperluan Kalori Tambahan
Walaupun peningkatan kalori adalah normal semasa kehamilan, tidak ada keperluan yang tepat untuk "makan untuk dua orang." Kira-kira peningkatan 300 hingga 500 kalori sehari adalah mencukupi untuk sokongan pertumbuhan bayi dan kesihatan ibu.
Menghadapi Mual dan Muntah
Ramai wanita hamil mengalami mual dan muntah pada awal kehamilan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan zat besi cukup dalam setiap meal. Cuba juga makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap, elakkan makanan berbau kuat, dan pastikan anda sentiasa terhidrasi.
Kesimpulan
Penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang unik semasa kehamilan. Oleh itu, berbincanglah dengan pakar pemakanan atau doktor sebelum membuat perubahan besar kepada pemakanan anda. Memastikan pemakanan yang seimbang dan sihat akan memberikan asas yang kukuh bagi kesejahteraan anda dan si bayi.
Dengan panduan yang komprehensif ini, kami berharap anda akan lebih bersiap sedai untuk menjalani perjalanan kehamilan yang sihat dan bahagia. Pemakanan yang tepat adalah langkah pertama ke arah itu.
Semoga entry kali ni dapat memberi manfaat kepada semua ibu-ibu dalam menjalani pengalaman mengandung yang baik dan tenang.
WhatsApp : HaiShikinSayaPembacaBlogShikinShams Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja. Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. Follow & Like Facebook : Nur Ashikin Follow Instagram personal : Shikin_Shams ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment