Happy Birthday!




HAPPY BIRTHDAY!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah kita dah masuk ke pertengahan bulan yang kedua dalam tahun 2018. Dengan ini, secara rasminya Shikin melahirkan sebuah posting di blog ini.

Macam2 persediaan dilalui sebelum berjaya buat posting ni. Macam nak beranak jugak la..kena bersedia dari segi mental, fizikal & emosi.

Huhu..over la Shikin ni πŸ˜›

.
.
Bermula dengan sambutan birthday Shikin sendiri genap sebulan yang lalu.. πŸ˜„ dah kata pun melahirkan blog kan..maka kita cerita pasal hari kelahiran lah 😁
.
.





Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Meneruskan perjuangan untuk berbakti kepada ibubapa, keluarga & agama.

Meneruskan misi mengumpul dana untuk kehidupan abadi di akhirat sambil melawan godaan syaitan yang tak berputus asa menebuk lubang2 kecil untuk membocorkan kantung simpanan dana.

.
.
Terima kasih kepada kaum family & rakan2 yang memberi hadiah, ucapan tahniah, doa2 yang baik kepada Shikin. Syukur diri ini dikelilingi oleh insan2 yang positive & sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Shikin πŸ’– Hanya Allah yang dapat membalas niat baik anda semua πŸ’–

.
.
Sambutan birthday kali ni sangat berbeza daripada tahun2 yang sebelumnya.

Nothing extravagant, but really meant so much to me emotionally.
(macamlah tahun2 lepas sambut dgn extravagant kannn..hahahaha πŸ˜† yo yo ooo aje 😜 )

.
.
Shikin suka baking..so buat la experiment Choc Cake daripada NASI! Gluten free giteww..
Ahaa.. dah makin tua ni, kita elok la mengamalkan cara pemakanan sihat. Supaya badan kita masih boleh berfungsi dengan efisyen walaupun umur dah meningkat. Badan ada satu aje..hidup pun ada satu kali aje di dunia ni. Maka haruslah kita jaga dia sebaik mungkin.



Tadaa! Choc Cake NASI! huhuhu.. nanti Shikin share resipi dia dalam post lagi satu yaa..πŸ˜‰


Pengambilan supplement pun memainkan peranan penting. Macam Shikin, Shaklee ialah pilihan utama, sebab Shaklee ialah brand yang dipercayai & selamat. Setiap product Shaklee ni dah diuji secara klinikal selama bertahun2 sebelum dipasarkan kepada umum 😊


Lepastu dapat pula surprise carrot cake daripada husband terchentaa 😍 Tau2 aje kite suke carrot cake kannn.. 😘  Tapi dia tak bagi the whole cake..dia bagi 2 SLICE aje! hahaha..memang sungguh2 nak jaga berat badan isteri dia ni.. 😁


Thank you sayang! I love you TWO! ahahah 😜


Weekend tu Shikin belanja makan Chili's aje untuk suami, anak2, parents & adik paling bongsu. Itu aje yg termampu setakat ni. InsyaaAllah bila bonus Shaklee berkepuk2, Shikin akan bagi lebih dan lebih lagi daripada ni. Semoga Allah permudahkan segala urusanku untuk menggembirakan mereka2 yang tersangatku sayangi πŸ’–



Me and my darling parents @ Chili's KLCC. Celebrating my birthday without them would be meaningless as they are the reason I am here in this world.

.
.

Dulu, Shikin selalu fikir birthday ni ialah hari yang paling special untuk tuan punya birthday. MESTI DIRAIKAN walau dengan apa cara sekali pun.


Itulah yang dimomokkan oleh masyarakat secara am. Dan itu jugalah yang telah 'dididik' sejak kecil oleh family & masyarakat sekeliling.


Mesti ada hadiah..birthday cake..atau pun salah satu.

Paling tidak pun, ucapan "Happy Birthday" kena ada.

Tak kisah la daripada sesiapa pun. Terutamanya daripada ahli keluarga atau kenalan rapat.

Kalau satu apa pun xde, necaya terasalah hati ni..MERAJUK! - ok over..xdela sampai merajuk..tapi terasa skitt laa..

.
.
Dulu dirasakan birthday girl atau birthday boy ada satu entitlement untuk diraikan..diberi hadiah..diberi kegembiraan..dimanja..pada hari tersebut.

.
.
Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

.
.
Sekarang ni diri dah semakin dewasa, dah banyak lalui pengalaman yng mendewasakan pemikiran.

.
.

Bila difikirkan semula, mulai saat kita dilahirkan, malah sejak dari alam rahim lagi, sampailah dah pandai makan sendiri, berjalan dan macam2 lagi.

.
.
Selain daripada kebergantungan kepada Allah SWT, kehidupan kita memang bergantung 100% kepada ibubapa kita. Tanpa mereka, kita takkan boleh hidup sampai ke usia sekarang.

.
.
Daripada sekujur tubuh bayi yang tak reti apa, cuma tahu menangis, minum susu, tidur & membuang. Itulah rutin harian selama BERTAHUN-TAHUN!



gambar ehsan dari Google. 
Bukan anakku, dan bukan juga diriku dalam gambar ini. 
harap maklum.


Sehinggalah dah boleh mencari nafkah untuk diri sendiri & mungkin juga family kecil kita sendiri.

Jadi, siapa sebenarnya yang patut diraikan pada hari lahir kita setiap tahun? diri kita sendiri kah?

Atau pun ibubapa kita?

Meraikan mereka atas tanda terima kasih kerana saban tahun mereka telah berhabis masa, tenaga & wang demi melihat anak membesar dengan bahagia, sihat & berjaya.


.
.
Jangan salah faham, tak salah pun untuk ibubapa meraikan birthday anak2 kecil mereka.


Untuk yang ada bajet lebih sikit tu, akan organize birthday party..seronok kan? anak seronok, ibubapa pun seronok tengok anak mereka seronok.


Itulah sifat ibubapa..mereka akan buat apa sahaja yang termampu hanya untuk melihat anak-anak mereka happy dan bahagia. Semoga Allah S.W.T merahmati semua ibubapa di dunia iniπŸ’“



ehsan gambar google jugak. Family xde darah omputih πŸ˜›

.
.
Alhamdulillah banyak juga yang menyambut harijadi dengan membuat majlis kesyukuran.
Bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup & bersedekah ke jalan yang diredhai mudah-mudahan dapat menambah tabung dana akhirat.


Ada juga yang buat combo 2 in 1. Majlis kesyukuran + Birthday Party.
Pun bagus jugak..seronok dapat, dana akhirat pun dapat insyaaAllah..

.
.
Tapi ada juga family yang tak mengamalkan sambutan harijadi.


Bila tiba harijadi sesiapa dalam family, tiada sebarang acknowledgement tentang hari tersebut. Pendek kata, macam hari biasalah!


Katanya sambutan harijadi itu bukan amalan umat Islam. Atau pun tak nak menggalakkan pembaziran.


Maka diputuskan untuk tak mengendahkan hari bersejarah tersebut.

.
.
Tapi iye ke tak diendahkan?


Sebenarnya setiap ibu akan mengingati setiap satu tarikh lahir anak2nya. Kerana dialah satu-satunya insan yang berjuang separuh mati setiap kali mahu melahirkan mereka. Takkanlah tak ingat hari kita berjuang separuh mati? Kita, hari pertama dating pun boleh ingat kannn.. 😏


Tapi disebabkan norma dalam keluarga tak menyambut, dia pun diam2 aje lah 😞

.
.
Tak perlu endah kepada insan yang bergegas ke hospital sambil menahan sakit untuk melahirkan anak masa tu?


Tak perlu endah kepada si dia yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat yang semestinya selepas itu perlukan jagaan rapi dari A sampai Z?


Tak perlu endah kepada orang yang bertungkus lumus mencari nafkah demi memastikan zuriatnya membesar dengan sihat sejak dalm perut sehingga dewasa?


Ketahuilah..sakit beranak ni tak terperi sakitnya..

.
.
Bukankah pengorbanan ini patut diingati & disyukuri?

.
.
Eh..tapi jangan pula masa birthday kita aje BARU nak ingat semua ni. Memang anak bertuah betol!


Tapi janganlah pula sampai meminta untuk diraikan..

.
.
Pada pendapat Shikin, ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk pemahaman ini kepada anak2.


Khususnya untuk generasi ibubapa muda sekarang ni lah..(eceee..muda lah sangattt.. πŸ˜†) yang sedang mula membina keluarga.


Sebenarnya, ideologi ni dah lama ayah Shikin bangkitkan dulu. Tapi masa tu, perasaan ingin diraikan masih menebal dalam jiwa. Jadi, apa yang dikatakan tu macam mencurah air pada daun keladi aje lah.. Tak melekat dalam hati. Astaghfirullahaladzim..πŸ˜“


               "alaaa..birthday setahun sekali aje.. itu pun tak boleh.. apee laaa.." kataku dalam hati.

               "ehh..dah tu? parents aje yg dapat hadiah tetiap tahun? banyak2 kali? Tak adil lah!"



Astaghfirullahalazdim.. Astaghfirullahaladzim.. Astaghfirullahalazdim..!

Walaupun kata-kata ni disimpan dalam hati aje, tapi sudah cukup untuk menusuk jantung Shikin skarang. Setiap kali teringat ni, mesti istighfar banyak-banyak kali.

Astaghfirullahaladzim.. MALU, MALU, MALU dengan diri Shikin yang dulu.. yang hanya sibuk fikirkan diri sendiri sahaja 😞

Shikin harap tiada rakan2 lain yang berfikiran macam ni πŸ˜”

.
.
Bila dah meningkat dewasa, dah melalui proses menjadi ibu, menjadi parents kepada anak-anak sendiri, baru Shikin sedar erti pengorbanan ibubapa.


Maka orang yang patut dirai sepatutnya diterbalikkan kepada ibubapa kita yang semakin tua itu.


Giliran kita pula untuk menggembirakan mereka sambil melahirkan kesyukuran & berterima kasih kerana telah menabur jasa yang tak terjangkau banyaknya kepada kita 😭

.
.
Jom ubah persepsi sambutan harijadi. Jangan terlalu leka mengikuti amalan Barat yang terlebih hu-ha tu.


Fokus untuk meraikan mereka yang telah berjasa kepada kita. Bukan fokus untuk meraikan diri sendiri atau pun rakan-rakan.


Sekian coretan kata hati Shikin untuk pertama kali ini. Sehingga berjumpa lagi di posting2 berikutnya. Bye!


Ibu beranak 3,
-Shikin Shams-

Comments