4 RAHSIA MUDAH KEKAL SIHAT, KUAT & BADAN FIT SAMPAI TUA
Bila ada pengalaman badan kejap kembang, kejap kempis ni, kita jadi skeptikal dengan segala program diet ni kan?
Yes..ikin pun tak terkecuali. Ikin pun ada pengalaman tu. And it definately not easy and not something I would love to repeat.
Kalau ikut, memang kempis. Orang pun terkejut. Siap tanya apa rahsia semua. Normal la kan?
Tapi lepas tu membesar dengan lebih jayanya 😭
Masalahnya takkan nak makan benda rebus & stim sampai bila²? Takkan nak berlapar sampai bila²? tolonglah ku tak sanggup 😭
Nak pakai produk kurus, takkanlah nak bergantung dekat benda tu sepanjang hidup pulak kan? Nak² yang tak diiktiraf. Mau jadi apa badan ni nanti. Elok sihat, tetiba jadi kurus yang berpenyakit pulak.
Sampai satu tahap, ikin tertanya-tanya apa sebenarnya 1 solution mudah untuk semua ni?
MASALAH UTAMA
Ikin memang tau penjagaan makanan tu penting. Kena kawal food intake, pastikan portion seimbang, pilih makanan sihat, vitamin mineral cukup, active lifestyle,yada yada yada...
Ikim tauuuu semua tuu. Dan ikin yakin korang pun tau dahh.
Tapi masalah paling besar sekarang ni macam mana nak KEKALKAN kehidupan sihat tu?
Sebab makanan diet memang bukan no.1 la kalau bab sedap. Yang sedap tu selalunya yang tinggi gula, tinggi minyak, tinggi garam!
Memanglah boleh tahan.. tapi sampai bila nak terliur aje tengok orang lain makan sedap? Aku pun nak makan benda sedap jugak 😭
Dah la hidup ni sentiasa dikelilingi orang. Kita bukan duduk sorang² dalam rumah buat hal sendiri.
HIDAYAH
Tanggal bulan September 2022, Allah bukakan jalan ikin untuk join kelas JOM SIHAT anjuran sideline Shaklee.
Dekat situ ikin unlearn & relearn basic concept tentang pemakanan yang ikin tak begitu pentingkan selama ni.
Iaitu back to alquran & sunnah.
1. Makan makanan yang Allah SWT dah ciptakan untuk kita. Bukan makanan ciptaan manusia. Eat real food. Asalkan dia berasal daripada makhluk ciptaan Allah yang halal lagi baik, makanlah.
2. Mindful eating. Tidak berlebih-lebihan.
Stop makan bila dah kenyang. Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.
3. Amalkan puasa sunat sebagai amalan rutin. Selain daripada meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT, berpuasa sunat juga dapat beri banyak manfaat kesihatan. Sebab tu Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berpuasa.
Selain daripada tu, ikin belajar juga tentang ketagihan gula yang ramai orang tak perasan yang mereka ialah antara golongan yang ketagihan gula.
Ketagihan gula ini effect dia sama dengan ketagihan dadah. Cuma tandanya lebih halus.
Ini juga antara sebab kenapa kita susah untuk berenggang dengan makanan manis.
LEBIH YAKIN
Bila kita dah faham basic concept, maka lebih senang & yakin untuk kita laksanakan.
Lebih lagi bila kita sandarkan segala keputusan kita berdasarkan alquran & sunnah yang sememangnya tidak ada yang buruk selain baik untuk kita! 😃
Rasa lebih tenang untuk buat. Ye tak? Rupanya ini je yang kita kena buat.. Allah dah bagitau dah..kita aje yang lalai 🥲
HASIL
Hasil ikin konsisten dengan ilmu baru ni sangatlah best!
✔️Ikin dah boleh kawal nafsu makan.
✔️Tapi ikin juga boleh makan apa sahaja makanan yang sedap² di rumah atau kedai.
✔️Takde stress & happy sangat sebab takde rasa kena paksa
✔️Inchloss yang tak pernah nak kembali! Sayonara inchloss orang Jepun kata 😆
✔️Mudah untuk buat puasa sunat
✔️Sugar craving under control
✔️Dah boleh pakai baju masa anak dara 💃
✔️Orang ingat kita masih anak dara! Eh? hahahaha 😂
CARA PERLAKSANAAN
Key point di sini ialah KONSISTEN, SABAR, ENJOY & JANGAN SAMPAI MEMBEBANKAN.
Sebab perubahan perlukan konsistensi & masa. Bila kita mula rasa terbeban, kita akan mudah give up.
Give up sebab stress. Give up sebab tak sabar result tak nampak².
Semua perubahan juga perlukan semangat & kemahuan yang kuat.
Kita boleh mulakan sedikit demi sedikit. Sebab tentunya nak ubah sesuatu yang kita dah biasa buat berpuluh tahun setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah.
Nak turunkan berat badan & KEKAL ramping macam ikin?
Caranya korang pegang & amalkan 3 langkah mudah ni sampai bila². InsyaaAllah memang akan kekal slim & sihat sampai tua.
3 LANGKAH MUDAH
1. INTERMITTEN FASTING
Ikin dapati teknik terbaik untuk jaga waktu makan ialah dengan mengamalkan Intermitten Fasting (IF). Supaya kita disiplin untuk makan hanya dalam waktu makan sahaja. Bukannya bila² yang kita rasa nak makan.
IF ni juga sangat bagus untuk diamalkan setiap hari sebab perut kita dapat direhatkan daripada bekerja & dapat bantu bakar lebih banyak lemak menjadi tenaga.
IF juga bantu untuk kita kawal ketagihan gula.
IF selari dengan saranan Islam untuk berpuasa sunat, tapi sedikit longgar syaratnya. Iaitu boleh minum dalam waktu 'berpuasa' selagi minuman tu tiada kalori atau kurang daripada 10 kalori.
Bila syaratnya sedikit longgar, jadi ia tak membebankan kita untuk diamalkan setiap hari. Puasa sunat pun bukan setiap hari kan?
Jangkamasa yang disyorkan ialah 16 jam berpuasa : 8 jam makan. Untuk permulaan boleh aje start dengan 12 jam berpuasa : 12 jam makan
Eh..tapi bukannya dalam 12 jam waktu makan tu korang makan tak berhenti pulak. Parah jadinya! 🤣
Dalam waktu makan tu kita boleh makan, tapi makanlah dengan berpada². Apply mindful eating concept. Makan bila lapar sahaja dan tak berlebih-lebihan.
Nak makan snack? Bolehh.. tapi pilihlah snack yang sihat. Nak makan cake atau kuih manis? bolehh.. tapi hadkan kepada portion yang kecil sahaja - ingat gula berlebihan akan buat kita jadi addicted!
Jangan berlebih-lebihan is the key. Cantikkan Islam ni bila kita amalkan dengan betul? 💕
Lepas hampir 8 bulan amalkan IF, berpuasa ni dah jadi sebahagian daripada kehidupan seharian ikin. Rasa normal macam hari² biasa aje.
Ikin pun dah cuba ber IF 22jam berpuasa & ikin tetap rasa macam biasa aje. Takde pun kelaparan melampau. Takde kepenatan asyik nak tidur. Infact, ikin rasa lebih bertenaga & boleh fokus buat kerja dengan lebih baik!
2. ACTIVE LIFESTYLE
Active lifestyle ni bukannya bermakna korang kena bersenam setiap hari. Walaupun itu yang sebaiknya, tapi korang boleh aje buat aktiviti lain.
Asalkan tak banyak duduk dan berdiri setempat seharian. Keep moving.
Cuba dapatkan at least 8,000 steps sehari. Tapi kalau tak dapat, jangan stress! Cuba lagi. Just enjoy the journey.
Kalau ikin, ikin lebih selesa untuk berlari 2km selang sehari & buat short strength training setiap hari dalam 10-15 minit supaya semua otot kita bergerak setiap hari.
Bila kita amalkan active lifestyle bersama² dengan IF, body fat kita lagi cepat terbakar = lagi cepat kita slim down! 🤸
3. TAMBAHAN SUPPLEMENT
Ikin pernah cuba amalkan IF & active lifestyle sahaja tanpa supplement tambahan (semestinya Shaklee) Tapi hasilnya kita akan dapati ada fasa mendatar, di mana tidak ada perubahan pada badan kita.
Tapi bahagian menggeleber masih ada. Maksudnya badan masih belum betul² fit.
So ikin ambil tambahan Set Hello New You Shaklee yang khas diformulasikan untuk BAKAR lemak, DETOX lebihan lemak & BINA otot sihat.
Bila badan ada booster untuk bakar & agen detox untuk tolong buang apa yang dah tak perlu, sistem badan akan berfungsi lebih efisyen! Sebab tu bila ikin masukkan set Hello New You ni dalam rutin harian, effect dia sangat cepat!
Protein pulak untuk bina semula otot & sel supaya body kita clean daripada sebarang gelebehan. Lean muscle, lean body = sexy body! 😆
SUPPLEMENT HELLO NEW YOU
Mesti korang tertanya-tanya combination supplement Shaklee yang mana satu yang ikin cakap ni kan?
Tadaaa! Inilah dia supplement yang akan melengkapkan rutin rahsia kekal sihat, kuat & fit sampai tua! 😃
Complete semua nutrisi NATURAL yang badan kita perlukan untuk SUPPORT segala usaha kita untuk jadi kurus dengan sihat & maintain sihat 👍🏻
Bulan May ni tengah promo tau set ni. Daripada RM441.25, harga promo jadi RM353 SAHAJA!
Jom sempurnakan rutin kesihatan kita dengan Set Hello New You sampai husband yang balik outstation pun boleh terkejut ada perempuan cantik sambut dia balik 😆
Yang penting, kena konsisten, sabar & happy dalam menjayakan rutin baru ni.
❤️,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#HelloNewYouShaklee
#jomkurus
#jomkurusdengansihat
#jomsihat
Comments
Post a Comment