Pain Relief Caplet : Pengganti Ubat Tahan Sakit Tanpa Kesan Sampingan.
UBAT TAHAN SAKIT
Ubat tahan sakit adalah sejenis ubat makmal yang membantu mengurangkan kesakitan, seperti sakit kepala atau sakit sendi dan otot. Ia terdapat dalam pelbagai jenis mengikut kadar kekuatan ubat seperti paracetemol, ibuprofen dan acetaminophen.
Pengambilan ubat tahan sakit merupakan perkara biasa dalam kehidupan moden kita hari ini. Ini kerana kita memerlukan penyelesaian cepat kepada kesakitan yang dihidapi supaya dapat meneruskan rutin harian seperti biasa.
MASA ITU EMAS!
Itulah antara punca utama kenapa kita pilih untuk amalkan ubat tahan sakit. Jika kita tunduk kepada penyakit, terutamanya yang ringan seperti sakit otot & pening kepala, bagaimanakah kita mampu menjadi individu yang produktif dalam dunia yang bergerak pantas masa kini?
Setiap hari, ramai di antara kita yang melangkaui batas tubuh kita - sama ada terlebih push sewaktu berjogging atau telah mengangkat barang berat sepanjang hari. Akhirnya, tubuh kita dan terutamanya sendi kita, menjadi yang mangsa kesakitan. Kesakitan adalah respons semulajadi badan terhadap inflamasi.
Sakit kepala
Sakit sendi
Sakit otot
Semua kesakitan kecil ini dianggap sebagai gangguan yang menjengkelkan, terutamanya apabila ia mula menghalang kita daripada menjalankan tugas kita dengan cekap.
Jadi, pilihan terbaik kita adalah mengambil ubat tahan sakit!
Ia menjadi lebih mudah apabila setiap orang boleh membeli ubat meredakan sakit di mana-mana farmasi, pasaraya, kedai runcit, malah di restoran mamak pun ada - tanpa memerlukan preskripsi doktor.
MASALAH
Walaupun ubat tahan sakit adalah penyelamat yang hebat, ia juga boleh menyebabkan masalah dalam jangka panjang yang teruk. Terutamanya daripada ubat meredakan sakit sintetik yang banyak dijual di serata tempat.
Kesan Sampingan:
Sesetengah orang mungkin mengalami kesan sampingan seperti sakit perut, pedih ulu hati, atau reaksi alergi.
Isu Penggunaan Berlebihan:
Menggunakannya terlalu kerap akan menyebabkan kita terlampau bergantung kepada ubat tahan sakit.
Penggunaan yang berterusan juga boleh menyebabkan masalah seperti gastrik atau kerosakan hati.
Menyembunyikan Masalah:
Ubat tahan sakit boleh menyembunyikan punca sebenar kesakitan, menjadikannya lebih sukar bagi doktor untuk mengetahui punca kesakitan kita.
Ikin? secara personal, ikin sememangnya akan mengelakkan untuk mengambil ubat tahan sakit sewenang-wenangnya. Disebabkan ikin tak percaya dengan segala ubatan sintetik ni.
Jadi, bila demam pun ikin sebolehnya akan elak daripada menggunakan sebarang ubat tahan sakit. Hanya gunakan vitamin semulajadi Shaklee sahaja untuk bantu badan kita bina kekuatan sendiri.
SHAKLEE MEMFORMULASIKAN PENYELESAIAN SEMULAJADI
Memikirkan kesan buruk pengambilan ubat tahan sakit jenis sintetik, Shaklee memutuskan untuk melangkah ke hadapan dan memformulasikan ubat tahan sakit yang berasaskan bahan semulajadi - selaras dengan pendekatan Shaklee yang terkenal dengan pendekatan semulajadi terhadap kesihatan dan kesejahteraan.
Bukan sahaja diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi juga ia terbukti secara saintifik yang ianya selamat dan berkesan.
Jadi, jangan risau lagi, Pain Relief Caplet Shaklee ada sebagai penyelamat! 🦸
PAIN RELIEF CAPLET SHAKLEE
Pain Relief Caplet Shaklee adalah campuran ekstrak Boswellia bersama ekstrak Safflower, yang membantu melegakan kesakitan dan ketidakselesaan sendi secara semulajadi. Khasnya ketidakselesaan dan kesakitan sendi serta otot.
BOSWELLIA
Boswellia adalah ekstrak herba yang diambil dari pokok Boswellia serrata. Ekstrak resin dari pokok Boswellia telah digunakan sebagai ubat tradisional selama berabad-abad yang lalu. Ini kerana asid boswellic dari ekstrak resin pokok ini mempunyai sifat anti-radang dan pengurangan kesakitan.
SAFFLOWER
Safflower adalah salah satu tanaman tertua di dunia dan digunakan secara tradisional sebagai ubat herba. Ekstraknya adalah sumber yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah antioksidan semulajadi yang kuat yang mempunyai sifat anti-radang.
DUO PENYELESAIAN SEMULAJADI
Apabila digabungkan bersama, Boswellia dan Safflower boleh bertindak secara sinergistik dan mempunyai kesan anti-radang yang kuat yang dapat membantu melegakan ketidakselesaan dan kesakitan, seperti sakit otot dan sendi - tanpa merosakkan lapisan perut atau memberi kesan sampingan yang tidak diingini kepada tubuh kita mahupun kepada alam sekitar ❤️
Kegunaannya bukan sahaja terhad kepada kesakitan sendi dan otot, Pain Relief Caplet juga boleh membantu mengurangkan kesakitan haid bulanan anda dan sakit kepala yang selalu mengganggu!
Pastikan bahawa jika anda dalam kesakitan, Pain Relief Caplet dapat menyelamatkan hari anda. Dan tidak perlu lagi risau tentang masalah kesihatan jangka panjang seperti gastrik, kerosakan hati, dan buah pinggang.
Mulai sekarang, pilihlah Pain Relief Caplet Shaklee untuk cara semulajadi menghilangkan kesakitan anda.
Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Nak order boleh whatsapp ikin di link di bawah ya.. Bye!
Stay safe, stay healthy.
❤️,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
--
WhatsApp : HaiShikinSayaBacaBlog
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja.
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like Facebook : Nur Ashikin
Follow Instagram personal : Shikin_Shams
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Comments
Post a Comment