OPENHOUSE HARI RAYA - ANTARA TRADISI, MAKNA & ADAB

TRADISI

Bila Hari Raya aje, openhouse mesti ada. Setiap weekend di bulan Syawal, KL akan jadi jemmed di merata tempat 😂

Tak sure dari mana datangnya budaya ni. 
Sebab seingat ikin, masa kecik² dulu bila Hari Raya, kita datang beraya in small groups ke rumah saudara-mara & kawan-kawan aje. 

Tuan rumah selalunya akan hidang makanan simple² macam meehoon goreng. Sebab ketupat lemang semua tu raya pertama aje. Kalau yang rajin sikit tu buatlah nasi minyak, nasi kerabu, mee kari atau nasi ayam disamping hidangan kuih raya yang ada.


Tapi lama-kelamaan, tuan rumah sendiri bagitau, "Jangan datang beraya dulu, kita akan panggil waktu openhouse nanti" 

Mungkin sebab makin ramai kenalan nak datang beraya kot? 🤣 Jadi tuan rumah makin penat nak sediakan makanan berulang kali 😬

Mungkin sebab tu tuan rumah buat openhouse & panggil sekaligus ramai² datang beraya. Sekali penat aje 😄 


Untuk yang ada budget lebih, urusan makanan & pinggan mangkuk diuruskan oleh pihak caterer. Tuan rumah hanya sediakan duit bayaran caterer & layan tetamu sahaja.

Tapi sekarang ni juga dah boleh order makanan daripada peniaga² online atau peniaga² yang berlambak² di luar sana. Lagi mudah kan? Bayar aje 😂


OPENHOUSE UNIK DI MALAYSIA SAHAJA KE? 

Pernah tak korang tertanya² perkataan 'openhouse' tu sendiri datang dari mana ya? 

Memang english word ke? 

Atau perkataan yang unik untuk Malaysia sahaja? Malaysia kan kaya dengan perkataan 'english' yang diolah sendiri 🤭

Atau mungkin situasi ni berlaku dalam family ikin aje 😬 Sebab perkataan olahan ni berlaku waktu zaman atuk nenek ikin. Cuba check..korang kenal tak perkataan² ni?

Gostan - Go astern (pergerakkan ke belakang yang selalu digunakan untuk kapal, tapi atuk nenek ikin pakai untuk kenderaan darat juga)

Lemek - Laymat (ramai juga yang panggil toto)

Kek Sanwit - Sandwich cake (atau Victoria Sandwich Cake)

Haa..itu antaranyalahh.. Bukan apa, sebab tak pernah lagi ikin jumpa negara lain gunakan perkataan 'openhouse' ni untuk majlis keramaian. 

CAMBRIGDE DICTIONARY

Jawapannya, ya..memang 'open house' tu wujud dalam kamus bahasa Inggeris. Tapi maksudnya bukanlah macam yang selalu kita faham di Malaysia ni.

Mengikut Cambridge Dictionary, ada 3 maksud berbeza untuk 'open house'

1. Open house ialah perkataan lain untuk 'open day' yang selalu digunapakai oleh sekolah² atau universiti untuk mempelawa orang awam masuk ke perkarangan sekolah atau universiti supaya dapat memahami lebih mendalam tentang apa yang berlaku dalam sekolah/universiti tersebut.

2. Open house merujuk kepada rumah yang hendak dijual yang akan dibuka pada waktu-waktu tertentu kepada orang awam yang berminat untuk melihat & membelinya.


3. Open house ialah situasi di mana pemilik rumah mengalu-alukan kedatangan tetamu pada waktu yang ditetapkan.


So kalau ikutkan maksud yang diberi oleh Cambridge Dictionary, openhouse yang selalu rakyat Malaysia gunakan ialah maksud yang ke-3. 

Tapi Malaysia punya lebih spesifik lagi. Untuk keramaian Hari Raya atau perayaan² lain 😄 Yaa..begitulah kompleksnya budaya terbentuk dalam sesebuah masyarakat.

OPENHOUSE SELESARI

Family ikin pun tak ketinggalan dalam menganjurkan Hari Raya open house tahun ni. Alhamdulillah Allah beri rezeki yang lebih untuk dikongsi bersama.

Open house kami dianjurkan di Selesari Boutique Villas. Rumah ke-2 kami. Sebab kalau buat di rumah sekarang, alamatnya meletup rumah kami 😂

Maklumlah..family ikin gabung semua sekali gus. Daripada family sebelah ayah, family sebelah ibu, jiran², ipar duai, kawan sekolah, kawan universiti, kawan office, kawan shaklee, kawan sekolah anak²..semuaaaa kami sekalikan 😆

Kami suka Selesari ni sebab kawasannya besar, hijau, tenang & nyaman macam dekat kampung. Tapi 20 minit aje dengan KL City Centre 😆


Taman perumahan yang sangat low density. Ada 21 lot aje dalam taman ni. Tapi semuanya lot banglo. Jadi taman kami tak sesak & jiran² boleh saling mengenali.

Yang lagi best, Selesari ni bekas kebun buah ya! So bila masuk musim buah tu, memang merimbun hasilnya! Nangka, cempedak, durian, manggis, rambutan, rambai, pisang..eh apa lagi ek? banyak betul buah dekat sini 😂

Lagi terasa macam dekat kampung kan? 

Tapi dalam design perumahan yang modern & teratur. Takde semak². Takde jalan tanah. Takde lopak tanah merah. 

Sistem longkang semua ada..tapi underground. So tak sakit mata memandang longkang² terbuka ni. Lebih selamat pun ya 😃

Semuanya PERFECT! 👌
Tetamu yang hadir pun semuanya tertarik dengan kelainan Selesari Boutique Villas ni.

Haaa..cakap pasal selamat ni, konsep Selesari lebih mengutamakan keselamatan & keselesaan pengguna jalan kaki. Sebab kita pakai kereta bila nak keluar rumah aje kan? It totally makes sense kawasan perumahan sepatutnya mengutamakan keselamatan & keselesaan pejalan kaki 👍

Nak buat rumah dekat Selesari Boutique Villas? Bolehhh ajaaa.. ada lagi lot² banglo yang masih available. 

Boleh contact ikin untuk maklumat lanjut.

Yes..ikin pun handle penjualan tanah & rumah di Selesari sambil diri sendiri pun buat rumah di Selesari 😄

Jangan risau..nampak high profile kan? Tapi harga marhean aje. Berkali ganda lagi murah daripada property lain sekeliling Selesari. Cuba tengok ni..ikin baru je siapkan poster ni:


TEMA TRADITIONAL CLASSIC
Tahun ni kami sengaja tambah kelainan. Ada tema! Tapi untuk siapa yang suka nak follow ajelah.. bukan wajib pun. 

Kami buat tema Traditional Classic. Seronok sikitlah tengok tetamu datang bertengkolok & berbusana klasik 😄

Ikin? semestinya yang paling bersemangat! Hahahaha..fashion² semua bagi dekat ikin okeh! Kalau bukan champion, saguhati pun jadilah 🤣
Haaa..ada nampak macam Tun Teja & Hang Tuah tak? 😆 Sorrylah Hang Tuah tak sempat nak pakai capal. Samping dia pulak Tun Teja dah selubung atas kepala 🤣

ALHAMDULILLAH

Syukur alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami pada hari tersebut. Jemputan sebenarnya 400 pax sahaja, tapi yang hadir almost 700 pax!
Caterer dah risau makanan tak cukup sebab pukul 2pm lauk makanan utama dah almost gone! 😆
Tapi syukur sangat makanan tak jadi isu pada hari tersebut. Semuanya cukup. Tetamu pun happy. Siap boleh buat birthday celebration untuk May babies lagi 😄

Alhamdulillah cuaca juga sangat baik. Tak hujan & tak terlalu panas. Kalau tak, ikin pin tak tahan nak selubung kain songket satu badan tu 🤣

ADAB KETIKA OPENHOUSE

Bila cerita pasal openhouse, tentunya ada macam² ragam manusia. Adab ialah sebahagian daripada ragam. Dan adab sebenarnya lebih bergantung kepada mindset kita - apa yang kita percaya patut dilakukan.

1. JEMPUTAN - 

Berlapang dada bila tak dapat jemput semua dan berlapang dada bila tak dijemput. 

Sebab openhouse ni perlukan kos yang agak tinggi. Jadi tuan rumah perlu hadkan jemputannya. Tak boleh la nak jemput satu kampung. 

Tuan rumah juga harus berlapang dada bila orang yang dijemput tak hadir. Mereka pun ada program masing² yang perlu diutamakan. Silaturahim takkan putus kalau tak datang openhouse. Tak gitu?
Kalau ada banyak makanan berlebihan, kita bungkuskan siap² bagi kepada jiran tetangga. Bukankah berkongsi rezeki itu antara tujuan utama kita buat openhouse?

2. ADAB BERPAKAIAN -

Bila orang jemput ke majlis keramaian, tak kisah openhouse atau kenduri, pakailah baju yang sesuai & sopan. Kalau boleh, yang terbaik kita ada. 
Bukan untuk menunjuk & bermegah. Tapi lebih kepada menghormati majlis & menunjukkan kepada tuan rumah yang kita menghargai jemputannya & berusaha untuk tampil our best untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Ikin taktaulah orang lain macam mana, tapi bagi ikin, it is an honour to receive guests that arrives in nice & smart clothings with beautiful smile on their face.
Automatik kita akan rasa happy sangat. Orang dah datang pun kita happy. Bila orang ada effort untuk bersiap² cantik ke majlis kita, it doubled the happiness.

Like wise, I will take time to dress my best to other people's functions too! 

3. ADAB MAKAN -

Memang makanan free untuk semua. Tapi beringatlah bila ambil. Sebab bukan kita aje yang dijemput. Orang lain pun ada. Bukan kita aje yang lapar. 

Ambil sikit². Hanya cukup dalam 1 pinggan. Tak perlu membukit. 
Kalau tak cukup, boleh aja pergi kembali ke buffet station & top up lagi. 

Sebab kita nak elakkan pembaziran. Sedih sangat bila tengok makanan tak berusik atas pinggan yang dah terjamah sikit, sedangkan ada jemputan yang tak dapat nak rasa semua makanan.

Tapi, buat yang datang lewat, sebaiknya janganlah biar perut terlampau kosong & mengharap dapat makan dengan kenyang di openhouse. Sebab dah datang lewat kan? Kita bukan tetamu kehormat yang makanan dah disimpan khas. Semua tetamu dilayan samarata.

KESIMPULAN

Nak cerita pasal adab ni sebenarnya never ending. Perangai manusia kan bermacam-macam. Tapi ini yang selalunya terjadi yang ikin suka sangat kalau dapat diperbaiki.

Tapi apa pun, majlis openhouse memang majlis yang baik yang patut diteruskan selagi ada kemampuan. Jadi janganlah rosakkannya dengan attitude kita yang buruk.

Akhir kata, terimalah sepotong pantun 6 kerat daripada ikin,

Openhouse Hari Raya acara yang dinanti,
Hari berkumpul kenalan yang dirindui,
Terima kasih daun keladi,
Buat semua tetamu kami,
InsyaaAllah ada rezeki kami host lagi,
Openhouse di Selesari.

❤️,
Shikin Shams

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#harirayadenganshaklee
#openhouse

Comments