Kenapa Shaklee? How It All Started
Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa Shaklee jadi pilihan supplement mereka. Pastinya ikin pun ada sebabnya.
Tapi berbeza dengan kebanyakkan orang, kisah ikin dengan Shaklee agak panjang & ia bermula dengan orang lain, iaitu adik kandung ikin sendiri. Jom ikuti journey ikin...
1990 - 1994 : PENGUNJUNG REGULAR KLINIK & HOSPITAL
Adik bongsu ikin, Nadirah, selalu sangat sakit & tak dapat hadir ke sekolah waktu dia masih kecil. Dari kecil dah diuji dengan macam² jenis penyakit. Selalu diserang penyakit lelah. UTI pun berulang kali kena..lepas tu ada hernia pulak di perut..
Tak tahulah kenapa.. tapi antara kami 5 beradik, sistem imun dia yang paling lemah. Ada aja masalah kesihatan. Jadi memang selalu kena warded la ceritanya.
Ulang-alik klinik untuk ambil nebulizer tu memang sudah normal. Masuk ICU pun pernah. Dalam sejarah family ikin, dialah yang juara kalau bab kena tahan di hospital.
Di saat baru menginjak darjah 1, dah banyak sangat pengalaman dikejarkan ke hospital. So young yet so much pain she had to endure 😢 Waktu ni, ikin dah darjah 4. Tahun 1994.
PERTEMUAN DENGAN SHAKLEE
Ditakdirkan, satu hari mama ikin diperkenalkan dengan vitamin Shaklee oleh salah seorang cikgu di sekolah Nadirah. Mungkin cikgu tu dah perasan dia asyik MC aje kann..
Tak sure cikgu mana. Sebab mama pun tak ingat. Tapi yang ikin tahu, mama terus jadi member Shaklee under Master Hj. Roslan. Kenapa bukan under cikgu tu pun ikin tak sure.
Masa tu mama beli ESP & Vitamin A (sekarang dah tukar nama jadi Carotomax) sahaja untuk Nadirah. Sebab itu yang direkemenkan untuk bantu masalah kesihatan adik ikin waktu tu.
Fokus utama untuk beri khasiat antioksidan daripada Vitamin A untuk pulihkan sistem pernafasan & sistem imun. Vitamin A juga baik untuk hilangkan kahak².
ESP pula untuk bina sel baru yang lebih sihat supaya sistem badan dapat berfungsi dengan efisyen.
Kalau sekarang, SID akan suggest ambil Omega Guard & Nutriferon untuk yang ada masalah lelah ni. Lebih berganda kesan efektifnya.
Tapi alhamdulillah, sejak dia amalkan 2 supplement tu sahaja, kesihatan dia semakin baik. Dah tak kena serangan lelah & tak pernah kena warded lagi sejak itu. UTI pun dah tak kena.
SubhanAllah..Allahuakbar..
Betapa pentingnya nutrisi yang betul dapat pusing kesihatan kita 360° kan? ❤️
Sejak itu, parents ikin jadi celik nutrisi & akan beli berbotol² supplement untuk kami sekeluarga makan. Tapi brand lain pun ada. Kami campur brand. Asalkan vitamin yang betul. Bukan makjun atau jamu atau air akar kayu yang belum pasti keberkesanan ramuannya.
HEALTH CONCIOUS FAMILY
Family ikin ni boleh dikatakan dalam kategori health concious family. Apa sahaja health tips, health info, health books ada dekat rumah dan akan diamalkan. Semuanya sebab nak jaga kesihatan.
Banyakk gila buku kesihatan dekat rumah ni. Kalau kumpul semua, boleh muat 1 rak tinggi macam dekat perpustakaan tu agaknya 😂
Supplement pun ada macam² jenis! Dulu kami memang campur supplements. Bukan Shaklee sahaja.
Ingat lagi dulu ada cikgu sekolah menengah cuba approach mama untuk kenalkan produk kesihatan. Dia ingat family ikin jenis tak makan supplement..sekali tuudiaaa satu bakul besar mama keluarkan 😂
Terkejuttt cikgu ikin tu 🤣🤣🤣
Apa khabar agaknya cikgu Pn. Wan Zainab.. semoga baik² aja cikgu sekeluarga 💞
Disebabkan itu, boleh dikatakan ikin juga dah try macam² jenis supplements dekat farmasi tu.
2012 - 2010 : ZAMAN ANTI-SUPPLEMENT
Ketika di universiti, ikin semakin terdedah dengan begitu banyakk ilmu. Internet pun dah laju masa tu. Jadi makin rancaklah ikin buat research sendiri pasal vitamin & kesihatan. Padahal belajar bidang architecture 🤭
Tapi ilmu² yang ikin dapat ketika itu semuanya yang daripada mainstream medical. Maaf nak katalah.. tapi memang mainstream medical tidak berapa menggalakkan pemakanan supplement.
Doktor pakar yang ikin selalu jumpa untuk checkup berkala dia salah sebuah hospital pakar swasta di Kuala Lumpur juga tak menggalakkan.
Malah beliau cakap vitamin hanya membuang duit dan boleh buat kita gemuk!
Huuiiii..ikin pantang betul dengar benda boleh buat jadi gemuk ni. Hahahaha.. dah zaman universiti mestilah kita pentingkan keterampilan yang terbaik kan? 😆
Jadi bermulalah episod ikin sebagai seorang anti-supplement.
Tapi parents ikin tetap dengan pendirian mereka untuk teruskan bersupplement. Pada mereka, supplement tetap penting. Doktor nak kata apa, katalah. Sebab mereka dah nampak kesan positifnya pada adik ikin.
So bila parents ada pandangan berbeza dengan kita, dan mereka yang beri kita makan, haruslah ikin pun makan juga supplement bila diberikan 😄
Tak naklah ikin kecilkan hati mereka pula kan? Dah la bukan murah. Tapi ikin makan bila disuruh sahajalah 😅 Tak suruh, tak makan supplement 😬
2011 : MASALAH MENYUSU
Fast foward selepas ikin dah bersalin anak pertama, masalah susu badan menjengah.
Makan dah segala milk booster. Lobak putih, fenugreek, susu segala susu dah ambil. Tapi bila pump susu badan, tak sampai 1oz pun 😢
Doktor syorkan ikin ambil alfalfa untuk tingkatkan pengeluaran susu badan. Mama ikin terus teringat Shaklee ada alfalfa.
Kebetulan memang kawan ikin ada menjual Shaklee. Ikin pun beli set menyusu dengan dia. Kita dah ada duit sendiri kan.. kita beli sendirilah. Tak melalui parents dah. Tapi tak jadi ahli Shaklee lagi waktu ni.
Waktu ni walaupun ikin masih lagi sangsi dengan supplement, tapi sebab kita dah ada masalah, lepas tu doktor pulak yang syorkan, jadi ikin pun ambil ajelah. Just for the sake of trying.
Alhamdulillah.. dalam makan tak makan supplement pun pengeluaran susu bertambah ya! Marveles betul Shaklee nih. Hehehe..
BERAT BADAN NAIK DENGAN JAYANYA
Tapi bila dah stop menyusu, ikin pun stop ambil Shaklee. Tak habis pun satu set tu. Terbiar sampai expired 😬
Nak adjust hidup dengan anak 1 ni ambil masa juga ya? Tengok orang lain macam senang aje. Tapi untuk ikin, it was a struggle.
Penat!
Berat badan makin naik sebab waktu makan tak menentu & makan aje apa yang boleh. Tak fikir dah nak jaga makan sebab nak ada masa untuk makan pun dah bersyukur sangat.
Tapi bila badan dah makin membesar, ikin jadi down. Sedih sangat. Mulalah ambil ubat kurus pulak.
Haihh..daripada anti-supplement, terus jadi orang yang mencari ubat kurus ek? 😅
Begitulah tindakan bila orang yang ada masalah, takde ilmu & tak sabar nak dapat result yang diinginkan.
2013 : 2nd PREGNANCY TITIK PERUBAHAN
Dalam pada nak kurus tu, ikin dah pregnant kali ke-2 pula. Ikin bertambah sedih sebab mana boleh pakai ubat kurus waktu pregnant.
Bila dah pregnant pula, sah² la berat akan naik! 😭 Jujurnya, ikin menangis waktu dapat tahu ikin pregnant kali ke-2 dulu.
Tapi lepas tu ikin nekad! Untuk jaga betul² pemakanan waktu pregnant. Ikin buat research pasal nutrisi & cara untuk dapatkan kehamilan yang sihat supaya berat badan terkawal & boleh kurus dengan senang lepas bersalin!
Yes. Itulah goal ikin dulu.
Maka bermulalah journey mengandung ikin bersama-sama Set Mengandung Shaklee.. Sebab Shaklee punya wave waktu ni memang besar.
CINTA PANDANGAN KE-1001? 😂
Awal² perkenalan, kita buat acuh tak acuh dengan dia. Bila dah kenal betul², barulah cinta itu terbit di hati 😆
Bila kita dah rasa keperitan pregnant tanpa supplement, memang lepas tu ikin tak toleh ke belakang dah.
Shaklee terus melekat di hati ❤️
Mana taknya.. semua masalah masa 1st pregnancy dulu dah takda waktu 2nd pregnancy dengan Shaklee.
❌ takde cramp kaki
❌ takde badan naik membelon
❌ takde tidur yang terganggu
❌ takde rasa letih memanjang
❌ takde sembelit!
Lagi best bila setiap kali check-up pun nurse KK puji bacaan Hb cantik. Berat badan pun naik cantik.
Fuhh.. disebabkan pengalaman mengandung yang kedua ni lah yang membuatkan ikin decide untuk terusss bersama Shaklee & uncover begitu banyak kebaikkan kesihatan lain melalui amalan supplement Shaklee.
Haaa.. cemtulah ceritanya macam mana ikin boleh decide untuk pilih Shaklee sebagai supplement, berbanding dengan supplement lain.
KENAPA BUKAN JENAMA LAIN?
Kenapa pilih Shaklee dan bukan supplement lain? Family ikin campur supplement kan?
Sebab bila ikin pun dah cuba macam² jenis brand waktu muda² dulu, ikin dapat rasa kelainan & keberkesanannya.
Tambah pula bila ikin dah study dengan lebih mendalam tentang kualiti Shaklee, menguatkan lagi keputusan ikin untuk terus setia bersama Shaklee & akan pastikan anak cucu ikin juga amalkan Shaklee dalam kehidupan seharian mereka.
Ikin sangat syorkan sahabat² & family ikin untuk cuba amalkan supplement Shaklee. Sebab kita akan terus rasa keberkesanannya & boleh lihat macam mana ia boleh tukar kehidupan serta kesihatan kita 360°.
Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye!
Stay safe, stay healthy.
❤️,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#kenapashaklee
#whyshaklee
#myshakleestory
----
WhatsApp : HaiShikinSayaBacaBlog Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja. Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. Follow & Like Facebook : Nur Ashikin Follow Instagram personal : Shikin_Shams ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment