MULTIVITAMIN TERBAIK DUNIA DI UPGRADE LAGI!


SEJARAH MULTIVITAMIN

Multivitamin ialah makanan tambahan yang dibuat dalam bentuk pil atau sirap yang mengandungi kombinasi pelbagai vitamin dan mineral dengan dosage yang tertentu. 

Korang tau tak multivitamin pertama di dunia ciptaan siapa?

Ofkoslah Shaklee.. Siapa lagi kann? 😎 
Tapi vitamin yang mana?


"Vitalea" ialah MULTIVITAMIN NATURAL yang PERTAMA DI DUNIA. Atau pun nama asalnya ialah "Vitalized Mineral" telah tercipta pada tahun 1915.

Formula berkesan yang dah berusia lebih 100 tahun. Dulu ia dibuat dalam bentuk sirap. Sekarang formulanya dah ditambah baik & dibuat dalam bentuk tablet yang lebih convenient. 

Korang tahu tak? Perkataan "VITAMIN" tu sendiri berasal daripada nama "VITALIZED" daripada "Vitalized Mineral"? 

Pada waktu itu, sejajar dengan kepakaran beliau sebagai doktor perubatan dalam natural medicine, Dr. Shaklee hanya beri Vitalized Mineral kepada semua pesakitnya, untuk semua jenis penyakit. Tidak ada solusi lain. Cuma yang membezakan ialah dosage sahaja mengikut keadaan pesakit. Ini semua atas dasar memberi nutrisi yang secukupnya untuk seluruh sel badan.

Hasilnya, tidak pernah ada 1 pun kes buruk & semua pesakitnya berjaya pulih secara beransur-ansur & kembali sihat. Hanya dengan memberi badan dosage nutrisi semulajadi yang sepatutnya. 

Alhamdulillah. 


EVOLUSI

Menjadi lumrah setiap benda akan mengalami evolusi. Sehingga tahun 2023, sudah 108 tahun Vitalised Mineral bertapak di dunia. Setiap kali ia mengalami evolusi untuk ditambah baik formulanya. 

Dan yang terkini, formula terbaru yang dipanggil "Vita-Lize" bakal dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Jun 2023 nanti.


 VITA-LEA IRON PLUS vs VITA-LIZE

Sebelum ni, yang dah digunakan dengan meluas dan memberi banyakk manfaat ialah "Vitalea Iron Plus". Jadi, apa bezanya dengan formula terbaru "Vita-Lize" ?

Dengan mengikut perkembangan dan keperluan semasa, Shaklee telah mengambil inisiatif untuk upgrade formula dalam Vitalea. 

Selepas era pendamik Covid-19, kebanyakkan penduduk dunia telah mengalami gejala kekurangan Vitamin D yang teruk disebabkan terlalu lama berkurung di dalam rumah. 

Vitamin K juga ditambah supaya penyerapan Vitamin D ke dalam sistem badan lebih baik.

Folic acid pula ditambahkan dosage supaya dapat bantu lebih ramai ibu-ibu mengandung untuk mendapat kandungam yang sihat, tanpa kecacatan serius.

Vitamin A juga ditambah baik untuk menjaga kesihatan mata dan keperluan antioksidan di dalam badan.
 

KEPERLUAN

Siapa yang perlukan Vita-Lize?

Jawapannya ialah tiada siapa pun yang perlukan Vita-Lize kalau diet sehariannya boleh capai semua makanan dalam gambarajah di bawah: 

2 biji Vita-Lize sehari 

VS

2 biji oren (medium size)
+ 5 gelas susu yang diperkaya Vitamin D
+ 1 cawan brussels sprout
+ 31 biji almond panggang
+ 10 cawan brokoli
+ 2 cawan cereal yang diperkaya Thiamin
+ 17 cawan mushroom
+ 200 gelas anggur
+ 1.5 hidangan campuran kacang
+ 3 biji telur

Mana yang korang rasa sanggup untuk habiskan semuanya?

Susah kan? 

Paling berat ikin tengok yang 200 gelas anggur untuk dapatkan khasiat chromium tu la. Alamat, gula lagi banyak masuk dalam badan. Lain pula jadinya nanti 😬

10 cawan brokoli tu boleh muntah hijau kot lepas tu 😂 walaupun ikin sukaaa brokoli, tapi idok ler nak makan sampai 10 cawan sehari 🤣

Tapi masalahnya boleh ke nak habiskan semua ni dalam sehari, setiap hari? 😅

Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2014 untuk menilai banyak mana rakyat Malaysia yang konsisten mengamalkan pemakanan sihat. Jom tengok apa hasil kajian tersebut: 


Realitinya, badan kita perlukan semua nutrient ni setiap hari. Tapi badan kita hanya ada kapasiti tertentu sahaja untuk terima segala makanan ni. 

Kalaulah ada kapasiti badan yang besar pun, kapasiti kewangan & ruang penyimpanan pasti menjadi masalah. 

Banyakk tuuu makanan nak simpan. Kalau 1 keluarga 5 orang, kena pakai 5 biji peti ais kot. Kalau tak, memang ke pasar setiap hari la jawabnya 😅 

Lagi pun, ikut logik, orang yang berkapasiti badan besar ni takkan pilih untuk makan makanan sihat..kan? 😅

Sebab tu, tiada siapa yang boleh dapatkan nutrisi seimbang setiap hari melainkan dengan pengambilan vitamin Vita-Lize.

Jadi, adakah dengan pengambilan Vita-Lize sahaja setiap hari dah mencukupi?

Tidak sama sekali. Sebab fungsi vitamin ialah sebagai pelengkap makanan. Atau pun untuk mengisi jurang nutrisi yang gagal diisi oleh diet seharian kita. Bukan pengganti makanan.

Jadi, makanan masih lagi penting untuk kita makan setiap hari. Tapi, pastikan untuk pilih makanan yang sihat lagi baik untuk kesihatan kita.

Untuk lebih spesifik, Vita-Lize sesuai bagi mereka yang: 


1. Sentiasa sibuk dan tidak ada masa untuk makan meal dengan sempurna. Semuanya on the go.

2. Ada masalah tekanan emosi & mental.

3. Ada masalah berat badan yang kurang.

4. Sentiasa mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sentiasa bersenam.

5. Tak mampu untuk dapatkan diet seharian yang seimbang.

6. Hamil & menyusu anak. 


TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRISI

Tajuk ini sangat meluas sebenarnya. Sebab tanda-tanda yang badan kita tunjukkan ialah berdasarkan kekurangan micro nutrient dan macro nutrient yang tertentu. Dan jumlahnya ialah sangat banyak.

Contoh yang dapat ikin tunjukkan ialah seperti dalam gambarajah ini:

Korang ada tanda-tanda macam di atas? Ikin syorkan untuk betulkan diet seharian & tambah Vita-Lize untuk lengkapkan nutrisi harian korang.


APA BEZA VITA-LIZE DENGAN MULTIVITAMIN JENAMA LAIN?

Meh..ikin tunjuk jadual yang Shaklee dah study siap² dahh untuk kita bandingkan. Senang kerja kita. Tak payah google sana sini 😄


Daripada jadual, terbukti hanya multivitamin Shaklee Vita-Lize yang menawarkan nutrient yang paling optimum. 

Tahu tak? Folic acid ialah antara micro nutrient yang sangat sukar untuk diserap oleh badan. Jadi Shaklee telah melakukan kajian yang mendalam daripada barisan saintis terkemuka untuk pastikan folic acid dapat diserap dengan baik, terutama sekali bagi ibu mengandung & menyusu.

Hah..sebab tu lah Ikin suka Shaklee. Dah la sentiasa above the rest, rekod buruk pun takde langsung ya! Lagi banyak rekod cantik adalah 😃 

Dan kejayaan Shaklee untuk terus konsisten mencapai jutaan rekod cantik lebih 100 tahun bukan mudah ya.. Semuanya perlukan kajian, bahan mentah yang betul & terbaik.

Badan kita ni perlukan banyakkk vitamin & mineral setiap hari. 

Jadi bijaklah untuk pilih mana yang lebih mudah. Supaya badan dapat nutrisi & kita pun tak terbeban.

Jom order Vita-Lize korang sekarang. Klik je di sini.

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#vitalea 
#oldestmultivitamin
#firstmultivitamin
#vitalize
#vitalizeshaklee

Comments