Tips Mudah Maintain Gaya Hidup Sihat
Definisi hidup yang sihat merangkumi 5 aspek kehidupan. Iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, rohani & persekitaran. Hanya apabila kita dapat kuasai ke semua aspek, barulah kita sebenar-benarnya dalam kategori orang yang sihat.
Bukanlah satu tugas yang mudah untuk kita pastikan tahap kesihatan daripada kelima-lima aspek berada pada tahap yang baik. Tapi ia tak mustahil. Cuma perlukan pemahaman yang betul dan usaha yang berterusan.
FORMULA SENANG UNTUK DAPATKAN GAYA HIDUP SIHAT
Bila cerita pasal sihat ni, mesti terbayang makanan rebus, tawar & tak sedap, bersenam bagai nak rak sampai badan sakit-sakit, last-last tak dan nak buat sampai rasa tak enjoy kan?
So macam mana caranya untuk kekal sihat tapi at the same time kita enjoy makan, enjoy buat benda yang kita suka?
Ikin share formula paling senang untuk korang ingat yaa.. Formula yang berasaskan daripada frasa "BADAN SIHAT"
Bersih. Hati & persekitaran.
Amanah Allah
Diet seimbang
Awasi stress
Nutrisi tambahan
Sayangi diri & family
Interim check-up
Hanya real food
Aktifkan diri
Tidur yang cukup
BERSIH
Bersihkan hati, bersihkan persekitaran kita. Bila hati dan perseitaran bersih, hidup akan lebih tenteram. Hati dan minda yang sihat ialah antara kunci utama untuk dapatkan hidup yang sihat.
Tips ringkas untuk mendapatkan hati yang bersih ialah:
1. Jauhkan diri daripada sifat negatif yang merosakkan seperti sifat dengki & bersangka-sangka kerana itu akan merosakkan emosi kita.
2. Sentiasa didik diri untuk bersyukur dengan rahmat Allah. Samada yang baik atau buruk, semuanya rahmat Allah dan kita wajib bersyukur.
3. Jangan membangga diri, mencari salah orang & memburukkan orang lain.
Persekitaran yang bersih melapangkan fikiran & dapat elak daripada tambah celaru di saat kita sedang stress. Sediakan jadual harian untuk pastikan rumah dalam keadaan teratur dan bersih setiap hari.
Bila kita tenang, hati akan mudah untuk enjoy rutin harian kita 😄
AMANAH ALLAH
Kehidupan ini ialah amanah Allah. Badan kita ialah amanah Allah. Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk menjaga amanah Allah ini sebaiknya sepanjang usia kita. Termasuklah memastikan kesihatan badan berada di tahap yang baik setiap masa.
Apakah maksudnya bila kita tidak menjaga kesihatan? Tentu sekali kita dah ingkar dalam menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah 😢
Please don't let it be that way 😭 Kita semua nak ke syurga Allah.. Hidup ni sekali aje. Buatlah sebaik mungkin ya.. 🥲
Bila kita faham menjaga kesihatan adalah satu tanggungjawab yang dituntut agama, kita akan usahakan untuk buat walau apa pun yang terjadi.
DIET SEIMBANG
Semestinya setiap meal mestilah cukup portion Suku-Suku-Separuh tu.
Suku pinggan untuk Karbohidrat
Suku pinggan untuk Protein
Separuh pinggan untuk Sayuran
Rujuk rajah piramid makanan yang dah dikemaskini untuk lebih faham jumlah makanan harian yang sepatutnya diamalkan. Karbohidrat bukan lagi kumpulan makanan yang paling banyak patut diambil setiap hari, tetapi sayuran dan buah-buahan.
Nampak macam stress kan bila kena pantang makanan yang kita suka? Tips untuk buat kita lebih enjoy ialah dengan mulakan dari awal. Iaitu sebelum sakit. Sebelum kita terpaksa berpantang.
Dan sentiasa amalkan setiap hari. Sebab the moment kita sakit, nak taknak, kita terpaksa berpantang.
Pilij aje makanan kegemaran nak makan apa.. ayam golek, kambing bakar, salmon sushi. Makannn aje. Tapi pastikan portion makanan suku-suku-separuh sentiasa dipatuhi. Aaa..gituu 😉
Nak makan aiskrim? kek? roti canai? boleh la sekali sekala. Jangan terlalu menghukum. Life is short. Just enjoy your food but do it with mindful eating awereness 👍
AWASI STRESS
Kawal stress sebaiknya. Sebab stress ialah antara punca utama kita mendapat penyakit lain. Infact, stress ialah silent killer masa kini kerana disebabkan stress, banyak sel-sel badan kita rosak dan musnah. Antara penyakit² yang terkait dengan stress ialah depression, anxiety, tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis & kanser.
Bagaimana nak kawal stress?
Pertama sekali, sentiasa kawal kemarahan kita. Istighfar banyak-banyak supaya emosi kita kembali stabil.
Jangan overthinking, bersangka-sangka dengan orang lain dan sentiasa elakkan bermonolog negatif dengan diri sendiri.
Jangan expect apa-apa daripada orang lain, sebab bukan tugas kita untuk menentukan apa yang mereka patut lakukan.
Redha. Redha dan terima dengan apa yang terjadi dan jangan hidup di masa lampau. What's done is done. Fokus lakukan yang terbaik pada masa kini untuk masa depan.
NUTRISI TAMBAHAN
Diet seimbang itu penting, tapi dalam keadaan fast pace lifestyle kita sekarang, selalunya kita tak mampu nak sediakan diet yang betul-betul menepati keperluan seharian kita.
Jadi, untuk mengisi kelompongan nutrisi itu, kita perlu ambil supplement tambahan seperti ESP, Bcomplex, Vitamin C, Vitalea, Omega Guard dan OsteNutrix supaya badan kita sentiasa mendapat bekalan nutrisi yang cukup setiap hari.
Supplement pada masa kini bukan lagi pilihan, tapi satu kemestian supaya kita dapat elak daripada terjebak dengan gejala over weight but under nourished yang makin berleluasa dikalangan penduduk dunia.
SAYANGI DIRI & FAMILY
Kalau kita betul² sayang diri sendiri & family, tentu kita akan buat apa yang terbaik supaya kita dapat hidup sihat sepanjang hayat. Takde masalah kesihatan dan boleh hidup cergas sampai ke akhir usia.
Untuk capai matlamat itu, kita akan pilih untuk beri makan daripada makanan yang baik dan sihat, bukannya jajan dan fastfood.
Kita akan pilih dan didik family dengan gaya hidup yang sihat. Jauhi gejala merokok dan sentiasa bergerak aktif serta kurangkan bermain gadget.
Dan kalau kita sayang, kita akan pilih supplement daripada jenama yang terbaik untuk kita dan keluarga kita amalkan setiap hari. Macam Shaklee 😃
Sebab tu dalam hal mencari jodoh, carilah orang yang mengutamakan kesihatan dirinya sendiri. Kalau diri sendiri tak boleh nak sayang betul, takkan boleh dia nak sayang orang lain. Tiberrr terkeluar tajuk pulak 😂
INTERIM CHECK-UP
Check-up kesihatan secara berkala sangat penting kerana walaupun kita rasa ok, mungkin status kesihatan kita menunjukkan sebaliknya.
Jadi disamping kita mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat tahu status kesihatan sebenar kita melalui ujian² kesihatan yang ditawarkan di klinik² dan hospital.
Ujian yang biasa diambil ialah seperti:
a) BMI
b) Body composition analysis
c) blood glucose level
d) blood pressure
e) blood cholesterol level
f) serviks cancer test
g) mammogram
h) stress test
Melalui ujian² ni, kita dapat bertindak dengan sewajarnya demi memastikan status kesihatan kita berada pada tahap yang baik.
Selain itu, ikin suggest untuk korang dapatkan satu fitness watch yang semakin banyak terjual di pasaran. Melalui jam ini, kita boleh monitor sendiri tahap kecergasan kita secara terus tanpa perlu menjalani ujian kesihatan.
Bagi yang ada ambil insurans kesihatan, ikin suggest korang ambil insurance daripada AIA. Sebab ikin rasa best sangat sistem dia dalam menggalakkan kita untuk tingkatkan kesihatan kita. Siap ada health tracker dan points system untuk kita kumpul dan redeem sebagai reward bila kita capai milestone tertentu.
Dengan cara ni, kita akan lebih enjoy dalam journey kita menjaga & tingkatkan kesihatan badan! 😃
HANYA REAL FOOD
Untuk memastikan badan kita menerima makanan yang baik lagi toyyib, pastikan seboleh mungkin untuk makan real food. Real food yang bermaksud makanan asli yang dicipta oleh Allah SWT. Seperti sayur, ayam, bijirin atau daging. Dan makanan² ini masih lagi dalam bentuknya yang asli selepas dimasak.
Bukan makanan olahan manusia seperti biskut, sosej proses, kek atau roti yang makanan² asli tersebut dah hilang rupa asalnya.
Ini kerana, bila makanan telah diolah manusia, kadar nutrisinya serta keboleh hadamannya di dalam sistem pencernaan kita akan berkurang. Malah, mungkin daripada olahan itu sendiri akan menghasilkan bahan yang tidak baik sama sekali untuk badan kita.
AKTIFKAN DIRI
Gaya hidup sihat takkan sempurna tanpa hidup yang aktif. Kurus tak bermakna sihat. Kurus tanpa bersenam juga bukanlah definisi sihat yang betul. Kita mungkin akan nampak cantik, tapi sihat itu jauh sekali.
Setiap orang digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 kali seminggu.
Aktiviti yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju seperti berjalan laju, berlari, hiking serta senaman² yang menguatkan otot.
Tapi, kalau tak boleh, berjalan biasa atau buat kerja rumah pun dah cukup baik berbanding kita duduk sahaja tak bergerak aktif.
Paling penting, lebihkan bergerak dan kurangkan duduk terlalu lama. 30minit duduk, selang seli dengan aktiviti berjalan selama 10 minit supaya badan kita dapat refresh semula.
TIDUR YANG CUKUP
Tidur 8 jam sehari bukanlah sebenarnya yang kita cari. Tapi sebenarnya tidur yang berkualiti yang badan kita perlukan.
Mengikut kajian, kita perlukan sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit deep sleep supaya badan dapat berehat dan recharge sepenuhnya.
Kita akan lebih tenang, fokus dan bertenaga pada keesokkan hari apabila badan dan minda kita mendapat rehat yang cukup pada malam sebelumnya. Inilah yang dinamakan tidur yang berkualiti.
Bagaimana kita nak dapatkan tidur yang berkualiti?
Paling senang ialah dengan mengikut sunnah Rasulullah, iaitu tidur selepas isyak, antara pukul 9-10pm dan bangun semula untuk tahajjud pada pukul 3am.
6-5 jam itu dah mencukupi sebenarnya untuk badan kita rehat sepenuhnya tanpa bantuan mana² ubat tidur.
Tapi, kalau rutin harian kita belum selesai pada waktu tersebut, kita boleh mengamalkan supplement tambahan seperti OsteNutrix dan ResV untuk bantu badan kita relax dan rehat lebih cepat.
Selain itu, ikutlah tips² di bawah supaya dapat tidur lebih cepat dan lebih lena 😃
KESIMPULAN
"BADAN SIHAT" Itulah dia formula yang senang untuk kita ikuti untuk dapatkan gaya hidup yang sihat. Ingat "BADAN SIHAT" selalu, maka ingatlah untuk hidup dengan sihat 😃
Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye!
Stay safe, stay healthy.
❤️,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#gayahidupsihat
#healthylifestyle
#jomsihat
#jomkurus
#sihatdancantik
#sihatdancantikdenganshaklee
Comments
Post a Comment