Amalan Asas Wanita Permudahkan Urusan Rumahtangga : Pagi, Petang & Malam

Kehidupan seharian seorang wanita tentunya penuh dengan pelbagai cabaran yang tersendiri yang hanya wanita sahaja akan faham penatnya. Lagi-lagi jika sudah berkeluarga.

Sebab tu Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberi banyak doa-doa yang khusus untuk mengurangkan bebanan hamba-hambanya di kalangan wanita.

Jadi entry kali ni khas untuk wanita sahaja. Abang², suami², ayah² pun boleh baca untuk tambah ilmu dan sampaikan kepada wanita² tersayang dalam hidup anda. InsyaaAllah akan memberi makna yang sangat besar buat mereka 😃

Dekat sini, Ikin himpunkan amalan dan doa-doa yang bagus untuk para wanita amalkan setiap hari untuk membantu dalam melancarkan kehidupan seharian. Ikin susun dalam 3 masa yang paling sesuai amalan ini dipraktikkan. Iaitu pagi, petang dan malam. Tapi kalau terlupa, bila-bila pun masih boleh diamalkan. Tidak terikat pada mana-mana waktu.


Amalan Waktu Pagi

Setiap wanita, khususnya para ibu mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan setiap hari. Tanggungjawab yang dilakukan dengan penuh kasih & harapan. 

Tetapi sebagai manusia, kemampuan kita sangat terhad. Kita tak mampu untuk mengawal segalanya dan menapis apa yang mendatang. Maka setiap hari, berdoalah kepada Allah, serahkanlah segala urusan kita kepada Allah untuk diuruskan dan dijaga olehNya.

1) Setiap pagi, mulakan dengan doa ini supaya hari kita dipenuhi dengan kebaikkan, rahmat & manfaat.


2) Kemudian disusuli pula dengan zikir dan doa menyerahkan segala urusan kita untuk diuruskan olehNya. Baca:

Allahumma,
Ya Barik  (40 kali)

3) Selepas itu sambung dengan doa:
Ya Allah, aku serahkan tanggungjawabku kepada anak-anakku, suamiku, pekerjaanku & seluruh kehidupanku untuk diuruskan dan dijaga olehMu Ya Allah. Aamiin.

4) Sejurus selepas itu, bacalah doa daripada Surah Ar-Ghafir, Ayat 44 untuk didik hati berserah secara total kepada Allah SWT.


Amalan Waktu Petang

Sayyidul Istighfar. 

Kita memang digalakkan untuk beristighfar kerana sentiasa lalai dalam melakukan dosa. Sedangkan Rasulullah yang dah dijamin syurga pun beristighfar lebih 70 kali sehari. Inikan pula kita?

Fadhilat membaca Sayyidul Istighfar ini ialah bagaikan 1000x membaca istighfar biasa. Hebat bukan?

Jom ikin share bacaannya: 


Sayyidul Istighfar atau Penghulu Segala Istighfar ini sangat bagus untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang sebenarnya. Tetapi kalau terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan, petang sahaja pun sudah memadai.


Antara kebaikkan² yang dijanjikan kepada mereka yang mengamalkan Sayyidul Istighfar ini setiap hari ialah: 

1) Dijamin Syurga
2) Diberikan Kelapangan & Rezeki
3) Ikhtiar Keresahan & Kemurungan
4) Ganjaran 1x bacaan Sayyidul Istighfar bersamaan dengan 1000x bacaan istighfar biasa.

SubhanAllah sangat banyak manfaat daripada sepotong ayat yang pendek ni. Semoga para wanita dapat amalkan setiap hari demi memudahkan segala urusan dunia & akhirat.


Amalan Waktu Malam

Tiba waktu malam, sebelum hendak tidur, kita digalakkan untuk menutup hari dengan amalan-amalan rohani ini supaya sentiasa mendapat keberkatan walaupun ketika tidur. 

1) Baca Doa Tidur

بِسْÙ…ِÙƒَ اللّٰÙ‡ُÙ…َّ اَØ­ْÙŠَا ÙˆَاَÙ…ُÙˆْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya:

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”


2) Kemudian amalkan zikir yang menjadi amalan Saidatina Fatimah R.A untuk membantunya meringankan segala tanggungjawab rumahtangga. 

Zikir ini diajarkan oleh bapanya, Rasulullah SAW setelah beliau mengadu penat setelah menguruskan kerja rumah dan meminta seorang khadam daripada tawanan perang untuk menjadi pembantunya.

Baginda s.a.w. berkata kepada Saidatina Fatimah R.A dan Saidina Ali R.A:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 34 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”


Amalkan zikir ini sebaik sebelum tidur setiap hari. InsyaaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita dan meringankan penat kita tanpa perlu pembantu pun.


Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara untuk diamalkan bagi menyemai rohani kita dengan ayat-ayat berserah kepada Allah & meminta kepada Pencipta Yang Maha Agung.

Tetapi cukuplah ini sebagai permulaannya bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak beristiqamah dalam menyelit amal soleh dalam aktiviti harian kita. 

Semoga perkongsian ikin pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua & dapat mempraktikkannya setiap hari.

InsyaaAllah semoga ikin dapat tempias pahala daripada amalan anda dan sentiasa mengalir hingga ke kiamat. Aamiin yaarobbal aalamiin 🤲

Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye! 

Stay safe, stay healthy.

❤️,
Shikin Shams 

#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#doabuatwanita
#amalanrohanipermudahurusan
#womanproblems

----

Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja.
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

Follow & Like Facebook : Nur Ashikin
Follow Instagram personal : Shikin_Shams



Comments