Bagi setiap wanita, menjalani kehidupan dari akhil baligh hingga menopos adalah satu cabaran yang unik. Semuanya berkisar tentang perubahan hormon yang sentiasa berubah-ubah yang mempengaruhi kesihatan jika tidak dikawal dengan baik.
Tetapi dengan pengetahuan yang betul tentang pemakanan, suplemen dan aktiviti fizikal, anda dapat mengatasi masalah kesihatan dengan lebih baik. Ikin share beberapa tips asas untuk membantu anda menguruskan masalah menstruasi & keseimbangan hormon.
PMS (PreMenstrual Syndrome)Kitaran haid dikawal oleh beberapa hormon, termasuk estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh folikel di ovari. Tetapi, dalam proses ini banyak gejala tidak selesa yang akan dialami oleh majoriti wanita dunia.
Senggugut & period tidak teratur memang masalah yang sangat biasa dikalangan wanita yang telah akhil baligh. Masalah ini terlalu biasa sehinggakan ada yang fikir itu adalah asam garam kehidupan seorang wanita yang perlu ditempuhi. Mana taknya, 90% daripada wanita melaporkan mengalami sindrom PMS seperti sakit perut, sakit kepala, sakit buah dada, perut kembung & moody sewaktu period. Manakala 14% hingga 25% pula mengalami masalah period tidak teratur.
Sebanyak separuh daripada wanita yang mengalami masalah PMS juga mempunyai masalah kesihatan lain yang mungkin menjadi lebih teruk sebelum tempoh haid mereka, termasuklah:
- Depression & Anxiety. Gejala ini mungkin akan menjadi lebih teruk sebelum atau semasa tempoh haid anda.
- Myalgic encephalomyelitis/chronic fatigue syndrome (ME/CFS). Ini adalah gejala keletihan atau kepenatan yang berpanjangan selama enam bulan atau lebih. Ini boleh menghalang anda daripada menyiapkan rutin harian atau bangun dari katil. Selain itu, ia boleh menyebabkan sakit kepala serta kesakitan pada sendi dan otot. Sesetengah wanita melaporkan bahawa gejala mereka sering menjadi lebih teruk sebelum tempoh haid mereka. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang menghidap ME/CFS mungkin juga lebih cenderung mengalami pendarahan haid yang banyak dan menopause awal atau pra-matang.
- Sindrom kesakitan pundi kencing. Wanita dengan sindrom kesakitan pundi kencing lebih cenderung mengalami kekejangan yang menyakitkan semasa PMS.
PMS juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, seperti asma, alergi, dan migrain menjadi bertambah buruk.
10 Tips Mengatasi Masalah PMS
Ramai yang tak tahu terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan meredakan gejala senggugut ini. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda menghadapi masalah senggugut dengan lebih mudah:
1. Amalkan Senaman Ringan:
Sebelum period tiba, amalkan senaman ringan seperti berjalan, senaman perut dan peregangan. Ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kesakitan kekejangan otot.
2. Urutan Perut:
Lakukan urutan perut dengan lembut menggunakan minyak urut panas. Urutan ini boleh membantu meredakan kekejangan otot dan mengurangkan rasa senggugut.
3. Amalkan Diet Sihat:
Pilih makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh. Elakkan makanan yang tinggi gula dan garam, serta makanan berlemak berlebihan.
Pilih makanan yang kaya zat besi, seperti daging merah, sayur-sayuran hijau, dan kacang-kacangan, untuk mengatasi kehilangan darah semasa haid. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anda berasa mudah letih, tidak ada selera makan, lemah, tangan dan kaki sejuk-sejuk dan kulit pucat.
Amalkan pemakanan tinggi kalsium seperti susu (yang bukan daripada sumber lembu), yogurt, dan sayur-sayuran hijau. Kajian menunjukkan mereka yang kekurangan kalsium akan mengalami gejala PMS yang lebih teruk daripada mereka yang mempunyai cukup kalsium dalam badan.
4. Air Rebusan Herba:
Air rebusan herba seperti chamomile atau daun rambutan dapat membantu meredakan kesakitan dan merangsang ketenangan minda.
5. Makanan Tambahan Vitamin dan Mineral:
Amalan diet seimbang sangat penting untuk semua orang, khususnya wanita. Kerana sistem badan wanita memerlukan lebih banyak penelitian dan penjagaan. Oleh sebab itu, badan wanita yang istimewa ini sentiasa memerlukan nutrisi yang cukup supaya ia dapat berfungsi dengan cemerlang, tanpa ada tanda-tanda penyakit.
Tetapi malangnya, untuk mendapatkan diet yang seimbang setiap hari bersama nutrisi yang badan perlukan adalah mustahil. Terutama sekali dengan lifestyle sekarang yang sangat sibuk dan kesuntukan masa.
Disebabkan itu, para wanita digalakkan untuk mengambil supplemen tambahan sebagai makanan tambahan dalam diet harian untuk merapatkan jurang nutrisi yang terjadi. Supaya segala nutrisi yang diperlukan badan dapat diperoleh dengan senang dan mudah. Di sini ikin akan kongsikan vitamin terbaik untuk kesihatan wanita.
MultiVitamin dengan Zat Besi -
Multivitamin ialah vitamin paling asas yang sangat diperlukan oleh wanita. Ini kerana fungsinya untuk merapatkan jurang nutrisi harian yang tidak dapat kita penuhi daripada diet pemakanan.
Dalam banyak-banyak multivitamin, Ikin syorkan untuk anda pilih Vita-Lize daripada Shaklee. Kerana Vita-Lize merupakan evolusi formula multivitamin organik semulajadi yang PERTAMA di dunia yang sudah berusia lebih 100 tahun sejak ia dicipta. Dan paling penting, ia dilengkapkan dengan zat besi yang boleh membantu dalam penghasilan darah merah.
Sejak ia dicipta pada 1915 ia dikenali sebagai Vitalized Mineral dan digunakan secara meluas oleh Dr. Shaklee dalam pelbagai masalah kesihatan pesakit-pesakitnya. Dan yang lebih baik, ia memegang rekod cemerlang tanpa sebarang side effect buruk sepanjang kewujudannya. Malah, setiap yang menggunakannya mendapat kebaikkan kesihatan yang lebih baik.
Lebih menarik, penciptaan Vitalized Mineral ini telah mengubah dunia nutrisi moden apabila perkataan 'vitamin' yang digunakan hari ini adalah berasal dari gabungan nama Vitalized Mineral dan dipendekkan menjadi VITA-MIN.
Kalsium, Magnesium & Vitamin D -
Pastikan pengambilan vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan Vitamin D kerana ia penting untuk keseimbangan hormon dan mengurangkan gejala senggugut.
Satu ujian klinikal pada tahun 2017 mendapati suplemen kalsium, magnesium dan Vitamin D dapat mengurangkan gejala SPM seperti kembung perut dan keletihan, dan mungkin juga membantu dengan gejala psikologi seperti moody dan anxiety.
Satu kajian lain mendapati bahawa selepas 3 kitaran haid, peningkatan kalsium melalui suplemen dapat mengurangkan gejala utama PMS dan kesan negatif lain seperti water retention, craving, dan sakit dalam fasa luteal kitaran.
Bagi mereka yang mengalami PCOS, satu kajian mendapati bahawa kalsium dan vitamin D boleh memberikan kesan positif terhadap kitaran haid yang teratur dan ovulasi. Ini adalah sesuatu yang perlu diingati jika anda mempertimbangkan untuk meningkatkan tahap kalsium bagi gejala PMS. Sebenarnya tubuh anda memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium, jadi diet yang kaya kalsium sahaja tidak mencukupi jika tahap vitamin D anda rendah.
Awas! untuk info anda juga, terdapat golongan yang sangat sensitif terhadap A1 beta-casein, iaitu protein yang terdapat di dalam susu lembu. A1 beta-casein ini dapat memburukkan lagi simptom PMS. Oleh sebab itu, untuk ambil jalan yang selamat, ambillah sumber kalsium yang bukan daripada produk tenusu lembu. Pengambilan supplemen kalsium juga sangat digalakkan kerana ketiadaan protein tenusu tersebut.
Ikin cadangkan untuk anda pilih OsteNutrix Shaklee untuk supplemen kalsium kerana OsteNutrix mengandungi kandungan semulajadi kalsium, magnesium, Vitamin D, zink dan boron yang cukup untuk memastikan penyerapan kalsium yang maksimum dan diperakui oleh jutaan pengguna termasuklah para pengamal perubatan tentang keberkesanannya.
Vitamin B complex -
Vitamin B complex mempunyai spektrum yang luas. Bukan sejenis vitamin B sahaja yang diperlukan badan. Tetapi beberapa jenis seperti thiamin (B1), riboflavin (B2), pyridoxine (B6), folate (B9), dan cobalamin (B12) boleh membantu dengan gejala PMS, termasuk moody, mudah marah, lupa, kembung perut, dan anxiety. Vitamin B complex juga dapat membantu dalam menghasilkan darah merah yang dah banyak kehilangan sewaktu period.
Vitamin Bcomplex terdapat dalam makanan seperti ikan, ayam, kentang, buah-buahan (kecuali buah sitrus), dan bijirin sarapan (yang diperkayakan). Tetapi malangnya, vitamin Bcomplex sangat sensitif pada haba dan akan hilang ketika makanan dimasak. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk mengambil supplemen B complex sebagai makanan tambahan dalam diet anda.
Ikin cadangkan untuk anda pilih Bcomplex daripada Shaklee sebab sumber Bcomplex Shaklee ialah daripada sumber tumbuhan. Jadi bahan yang digunakan ialah HALAL untuk semua. Bcomplex Shaklee juga mempunyai spektrum vitamin B yang penuh, iaitu ia mengandungi kesemua jenis vitamin B dengan kuantiti yang optimum untuk ial berfungsi dengan baik.
Ini kerana kebanyakkan vitamin B tidak boleh berfungsi dengan sendirinya. Ia perlukan bantuan atau sokongan daripada vitamin B lain untuk berfungsi dengan efisyen.
Polyunsaturated fatty acids (omega-3 & omega-6) -
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan omega-3 & omega-6 setiap hari mungkin dapat membantu mengurangkan kekejangan otot dan gejala PMS lain. Sumber yang baik untuk Omega-3 & Omega-6 termasuklah ikan salmon, ikan krill, biji borage, biji bunga matahari, biji rami, kacang-kacangan, ikan, dan sayur-sayuran hijau.
Omega-3 -
Menurut kajian yang diterbitkan dalam isu Mei 2000 jurnal "Nutrition Research," suplemen asid lemak omega-3 bersama dengan vitamin B-12 boleh membantu secara signifikan mengurangkan ketidakselesaan yang berkaitan dengan kekejangan haid.
University of Maryland Medical Center, or UMMC, mengesyorkan pengambilan minyak Omega-3 sebanyak 6g sehari untuk mengurangkan inflammation dan kesakitan ketika datang bulan.
Omega-6 : GLA (Gamma Lenolic Acid) -
Ini ialah sejenis asid omega-6 yang digunakan oleh tubuh kita untuk membentuk prostaglandin—zat yang kuat dan berfungsi seperti hormon yang membantu tubuh mengawal pelbagai proses normal dalam badan berkaitan pengawalan hormon.
Omega-6 boleh didapati daripada minyak sayuran, bijian tumbuhan dan kekacang yang kurang berada dalam diet harian kebanyakkan orang. Tambahan pula, nutrisi ini tidak boleh dijana sendiri oleh badan manusia. Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk mengambil supplemen tambahan Omega-6.
Ikin syorkan anda untuk ambil GLA Complex daripada Shaklee kerana formula Shaklee ini mengandungi formulasi unik daripada gabungan minyak biji borage dan biji bunga matahari yang membantu mengawal aliran darah dan lebih mudah diserap oleh tubuh. Gabungan ini juga dapat berfungsi lebih baik berbanding minyak Evening Primrose yang terkenal dengan fungsinya membantu mengawal hormon wanita.
6. Rehat Yang Cukup:
Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup dan beristirahat dengan baik. Kurangkan stress dan tekanan dapat membantu mengurangkan gejala senggugut.
7. Teh Herba:
Teh herba seperti teh chamomile, teh peppermint, atau teh halia dapat membantu meredakan kekejangan otot dan memberikan ketenangan pada minda dan tubuh.
8. Mengurangkan Kafein dan Garam:
Kurangkan pengambilan kafein dan garam sebelum dan semasa haid. Kafein dan garam boleh menyebabkan water retention dan meningkatkan ketidakselesaan sewaktu haid.
9. Kompres Hangat:
Gunakan kompres hangat pada bahagian perut yang sakit untuk membantu melonggarkan otot dan mengurangkan rasa kejang otot.
10. Perhatian Terhadap Tubuh:
Perhatikan signal yang tubuh anda berikan. Jika gejala senggugut sangat teruk atau berlarutan, rundingkan dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat.
Ingatlah bahawa setiap wanita berbeza dan apa yang berkesan bagi seseorang mungkin tidak berkesan untuk yang lain. Cubajaya dengan kaedah yang ikin share ini dan cari yang paling sesuai untuk anda. Jangan ragu untuk mencari bantuan daripada pakar kesihatan jika gejala senggugut anda sangat teruk atau berlarutan.
Dengan penjagaan yang bijaksana dalam pemakanan, suplemen yang sesuai dan gaya hidup aktif, anda dapat memelihara kesejahteraan sepanjang perjalanan hidup. Ingatlah bahawa tubuh anda perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan penghargaan. Semoga entry kali ni dapat memberi manfaat kepada anda semua dalam mengatasi masalah PMS.
Ok..jumpa lagi di entry yang lainnn.. Bye!
Stay safe, stay healthy.
❤️,
Shikin Shams
#shikinshaklee
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#NUR✨
#shakleewangsamaju
#shakleelembahkeramat
#shakleesgbuloh
#PMS
#solusiPMS
#vitaminPMS
#sakitperiod
#senggugut
----
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment